Rafizi, wartawan portal berita diminta tampil mohon maaf terbuka

Rafizi, wartawan portal berita diminta tampil mohon maaf terbuka - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi, wartawan portal berita diminta tampil mohon maaf terbuka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi, wartawan portal berita diminta tampil mohon maaf terbuka
link : Rafizi, wartawan portal berita diminta tampil mohon maaf terbuka

Baca juga


Rafizi, wartawan portal berita diminta tampil mohon maaf terbuka

 BERNAMA

(dari kiri) Rafizi Ramli dan Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah.(dari kiri) Rafizi Ramli dan Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah.


Pengerusi Program Malaysia Berselawat Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah menggesa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan seorang wartawan portal berita untuk tampil memohon maaf secara terbuka kepada beliau bagi membersihkan namanya susulan dakwaan dan laporan salah yang dikeluarkan kedua-dua individu itu.

Ini susulan dakwaan yang dikeluarkan Rafizi pada Selasa yang mendakwa Pengerusi Yayasan Al-Abrar menerima RM5 juta menerusi akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang secara tidak langsung mengaitkan dirinya sebagai pengerusi yayasan tersebut.

Menjelaskan perkara itu, Syed Mehdhar menafikan pernah memegang jawatan sebagai pengerusi yayasan tersebut seperti yang didakwa oleh kedua-dua individu berkenaan.

"Saya hanya dilantik sebagai Pengerusi Program Malaysia Berselawat oleh pihak Yayasan Al-Abrar bagi tujuan mengendali, mengurus dan memastikan program berkenaan berjalan lancar di Stadium Bukit Jalil, pada 7 Dis 2013.

“Istilah pengerusi yayasan dan pengerusi program tersebut merupakan dua perkara yang jelas berbeza, pengerusi program dilantik oleh pihak penganjur iaitu Yayasan Al-Abrar yang bersifat sementara manakala pengerusi yayasan adalah suatu jawatan yang dipegang berdasarkan ketetapan yayasan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Rentetan dakwaan tersebut, Syed Mehdhar berkata beliau dihubungi wartawan portal itu untuk mendapatkan penjelasan namun kenyataannya diputar belit dan ditular dengan laporan berita bertajuk ‘Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata Pengerusi Yayasan Al-Abrar’ pada Rabu lalu.

“Tajuk tersebut memberi gambaran secara langsung atau tidak langsung kepada umum bahawa saya selaku Pengerusi Yayasan Al-Abrar tidak tahu menahu mengenai akaun, sumber dan aspek pengurusan kewangan yayasan itu tetapi hakikatnya saya bukanlah pengerusi yayasan seperti dakwaan kedua-dua individu tersebut,” katanya.

Justeru Syed Mehdhar berkata Rafizi dan wartawan tersebut perlu memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan nama baik, maruah dan kredibilitinya yang tercalar akibat fitnah tersebut.

“Kedua-dua mereka perlu membuat semakan dan siasatan terperinci dengan mendapatkan sumber maklumat yang tepat dan sah di sisi undang-undang berhubung hal ehwal pendaftaran pertubuhan Yayasan Al-Abrar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa dakwaan dan tulisan terhadap saya,” katanya.



Demikianlah Artikel Rafizi, wartawan portal berita diminta tampil mohon maaf terbuka

Sekianlah artikel Rafizi, wartawan portal berita diminta tampil mohon maaf terbuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi, wartawan portal berita diminta tampil mohon maaf terbuka dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/rafizi-wartawan-portal-berita-diminta.html

Subscribe to receive free email updates: