Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan

Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan
link : Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan

Baca juga


Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan

MALAYSIAKINI


Seseorang lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan remaja perempuan bawah umur secara rela - dianggap sebagai rogol statutori - bukan alasan seseorang hakim syariah membenarkan permohonan pernikahan, kata seorang bekas mufti.

Kata Datuk Ismail Yahya, mengikut hukum syarak, seseorang lelaki yang sudah beristeri tetapi berzina sepatutnya direjam sehigga mati.

"Hanya kerana dia telah merogol (statutoru) ia bukan alasan untuk hakim syariah beri kebenaran (bernikah dengan mangsa).

"Mengiku hukum Islam, seorang lelaki kalau dia dah berkahwin dan melakukan intercourse, illegal interrcouse, bermakna dia telah berzina.

"Lelaki yang begini telah melakukan zina dan dari hukum syarak, kena hukum rejam," katanya pada forum Child Marriage: Setting Our Children Up To Fail di Kuala Lumpur hari ini.

Panel lain yang menjayakkan program berkenaan ialah Anggota Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan aktivis hak asasi kanak-kanak, Hartini Zainudin.

Mengikut undang-undang Malaysia, seseorang perempuan berusia bawah 16 tahun mesti mendapat kebenaran daripada mahkamah jika mahu berkahwin.

Ismail yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai mufti Terengganu memberitahu, kebenaran bernikah perlu diberi berdasarkan kepada pertimbangan ia akan memberi manfaat kepada remaja perempuan itu, serta sama ada bakal suaminya layak menjaga dengan baik.

Siapa tanggung dosa

Kenyataan itu dibuat kira-kira sebulan selepas Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, mencetuskan kontroversi ekoran kenyataanya di Dewan Rakyat.

Kata Shabudin, pernikahan membabitkan pasangan yang melakukan persetubuhan secara rela - walaupun dianggap rogol statutori mengikut undang-undang - boleh menjadi "ubat" kepada masalah sosial.

Bagaimanapun bekas hakim mahkamah syariah itu menegaskan kenyataan beliau diambil di luar konteks.

Katanya beliau tidak bemaksud pelaku zina itu perlu dikecualikan daripada hukuman mengikut undang-undang sedia ada.

Menurut Ismail bagi kebanyakan kes, permohonan untuk seorang perempuan bawah umur dibuat selepas berlaku persetubuhan.

Beliau juga berkata sesetengah keluarga akan cuba memberi tekanan kepada hakim mahkamah syariah untuk membenarkan pernikahan terbabit dengan meletakkan dosa seolah-olah ditanggung hakim berkenaan.

"Mereka akan kata: Siapa nak tanggung dosa ini? Yang arif nak tanggung dosakah? (Jadi) luluskanlah saja," katanya.

Namun kata Ismail mengikut Islam sesuatu dosa itu ditanggung oleh pelakunya dan bukan orang lain.

Sementara itu Teo mempersoalkan mengapa perkahwinan kanak-kanak dibenarkan dan berlaku percanggahan undang-undang berkaitan kanak-kanak.

Katanya mengikut Kanun Keseksaan, usia perempuan yang perlu mendapat izin berkahwin ialah 16 tahun tetapi Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak menyatakan hubungan seks dianggap jenayah jika remaja itu berusia kurang daripada 18 tahun.

"Dan kita masih membenarkan perkahwinan kanak-kanak," katanya.



Demikianlah Artikel Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan

Sekianlah artikel Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rogol bukan alasan hakim izinkan pernikahan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/rogol-bukan-alasan-hakim-izinkan.html

Subscribe to receive free email updates: