Salahkan Tun Mahathir, PAS-PPBM gagal jalin hubungan

Salahkan Tun Mahathir, PAS-PPBM gagal jalin hubungan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Salahkan Tun Mahathir, PAS-PPBM gagal jalin hubungan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Salahkan Tun Mahathir, PAS-PPBM gagal jalin hubungan
link : Salahkan Tun Mahathir, PAS-PPBM gagal jalin hubungan

Baca juga


Salahkan Tun Mahathir, PAS-PPBM gagal jalin hubungan

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertanggungjawab atas kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjalinkan hubungan politik dengan PAS.
 
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata rundingan PAS-PPBM pada mulanya berjalan lancar sehinggalah Dr Mahathir mula mengkritik partinya secara konsisten.
 
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff bahawa kegagalan PAS-PPBM menjalinkan hubungan politik disebabkan ada lima orang pemimpin PAS 'bekerja untuk Umno'. 
 
"Kenapa Datuk Rais menyalahkan pihak lain atas kegagalan rundingan, dia kena tengok dalaman dia sendiri, setiap kali berlaku rundingan antara PAS dengan PPBM, Dr. Mahathir mengambil sikap menyerang PAS dan mengkritik PAS.
 
“Mana mungkin satu kumpulan daripada parti (PPBM) berunding, tapi satu kumpulan lagi menyerang PAS.
 
"Itu adalah satu kesilapan yang besar, dan itu adalah respon terhadap kritikan Dr. Mahathir. Jadi itu (kegagalan jalin hubungan) bukan salah PAS,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Lima orang pemimpin PAS yang dimaksudkan Rais adalah Khairuddin Aman, Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar (Pengarah Pilihan Raya PAS), Nasrudin Hassan (Ketua Penerangan PAS), Nik Abduh Nik Aziz (Ahli Parlimen Pasir MAS) dan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.
 
Khairuddin kemudiannya membidas Rais yang padanya sudah mengikut gaya berpolitik yang diamalkan Dr Mahathir, sejak sekian lama.
 
“Itu adalah tuduhan (bekerja keras untuk Umno), bererti dia mempelajari ilmu Dr. Mahathir yang menyerang dan mengkritik orang lain tanpa melihat diri sendiri.
 
“Jadi Dr Rais kena fikir balik lah, nak tuduh orang, dia kena fikir diri sendiri balik. Bila Dr Rais menyalahkan orang, itu sebenarnya adalah kegagalan PPBM sendiri dalam rundingan, gagal dalam mengikut etika berunding, itu sahaja,” ujarnya lagi.
 
PAS dan PPBM sebelum berkali-kali berkongsi satu pentas ceramah dan perkembangan itu pada mula dilihat banyak pihak sebagai permulaan yang baik untuk dua parti itu.
 
Namun, hubungan dua parti itu semakin dingin selepas Dr Mahathir terus-terusan mengkritik PAS selepas parti itu bermain tarik tali sama ada mahu menyertai Pakatan Harapan (PH) atau tidak, menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
 


Demikianlah Artikel Salahkan Tun Mahathir, PAS-PPBM gagal jalin hubungan

Sekianlah artikel Salahkan Tun Mahathir, PAS-PPBM gagal jalin hubungan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Salahkan Tun Mahathir, PAS-PPBM gagal jalin hubungan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/salahkan-tun-mahathir-pas-ppbm-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :