Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata pengerusi program zikir

Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata pengerusi program zikir - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata pengerusi program zikir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata pengerusi program zikir
link : Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata pengerusi program zikir

Baca juga


Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata pengerusi program zikir


Syed Mehdhar Syed Abdullah berkata beliau hanya dilantik memegang jawatan pengerusi program "Malaysia Berselawat" anjuran Yayasan Al-Abrar pada 7 Disember 2013.


Datuk-Syed-Mehdar-Syed-Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah tidak tahu sama ada Yayasan Al-Abrar pernah menerima RM5 juta daripada akaun peribadi perdana menteri seperti didakwa Rafizi Ramli hari ini.

Katanya, beliau hanya dilantik memegang jawatan pengerusi program “Malaysia Berselawat” anjuran yayasan itu, yang menganjurkan majlis zikir tersebut pada 7 Disember 2013, dan semua urusan kewangan perlu disemak dengan bahagian kewangan.

“Kalau mengenai program ‘Malaysia Berselawat’ saya boleh jawab sebab saya sendiri terlibat secara langsung. Selain dari itu, saya tidak tahu sebabnya akaun semua saya tidak jaga.

“Jadi, saya tidak tahu mana bukti yang dia (Rafizi) dapat. Kena semak semula, akaun bank atau apa,” katanya kepada FMT hari ini.

Tengah hari tadi, Rafizi yang juga naib presiden PKR dalam satu sidang media menamakan 3 pihak menerima wang berkaitan 1MDB daripada akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa 2 transaksi berjumlah RM3.28 juta dibelanjakan dalam hari sama di sebuah kedai barang kemas mewah di Itali, dengan menggunakan kad kredit di bawah akaun peribadi Najib.

Mehdhar berkata, beliau sendiri tertanya-tanya jika masih berada dalam yayasan itu.

“Saya sendiri masih tidak tahu sama ada saya ini masih ada atau tidak (dalam yayasan). Mengenai Yayasan Al-Abrar ini juga saya sudah tidak ingat. Sudah lama tidak berhubung,” katanya.

Sementara itu, katanya, beliau berusaha mencari dana sendiri, termasuk mendapat bantuan kewangan daripada rakannya untuk menjayakan majlis zikir “Malaysia Berselawat” pada Disember 2013.

“Duit itu hasil daripada sumbangan rakan-rakan saya seperti Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Itu juga wang yang saya kumpul. Kita kumpul dan tidak ambil 1 sen dari Najib.”

Ini adalah dakwaan ke-2 dibuat Rafizi, hampir sebulan selepas beliau menamakan bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang berkaitan 1MDB.

Nasharuddin bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Rafizi berjanji akan meneruskan pendedahan lebih ramai pihak yang menerima wang didakwa daripada dana 1MDB.

Pada 2015, dokumen siasatan SPRM yang dipetik The Wall Street Journal mendedahkan sejumlah RM2.6 bilion mengalir masuk daripada akaun dan entiti berkait 1MDB ke akaun peribadi milik Najib pada 2013.

Najib bagaimanapun berkata, wang tersebut merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi kepada Umno untuk kempen pilihan raya umum tahun itu.

NOTA EDITOR: Laporan ini membetulkan jawatan Syed Mehdhar iaitu pengerusi program “Malaysia Berselawat” anjuran Yayasan Al-Abrar dan bukan seperti mana dilaporkan sebelum ini.



Demikianlah Artikel Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata pengerusi program zikir

Sekianlah artikel Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata pengerusi program zikir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya tidak pasti kerana tak jaga akaun, kata pengerusi program zikir dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/saya-tidak-pasti-kerana-tak-jaga-akaun.html

Subscribe to receive free email updates: