Judul : Seorang Mangsa Hilang Ditemui Meninggal Dunia
link : Seorang Mangsa Hilang Ditemui Meninggal Dunia
Seorang Mangsa Hilang Ditemui Meninggal Dunia
Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) disahkan maut dalam kejadian pokok tumbang di kawasan air terjun Lata Ceroh, Janda Baik, Bentong, hari ini.Mereka adalah Noorain Mohtar, 23, dari Sungai Besar, Selangor dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22, dari Sabak Bernam, Selangor.
Kedua-dua arwah adalah penuntut Ijazah Pendidikan Jasmani dari Fakulti Sains Sukan UiTM Puncak Alam.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, jenazah Noorain yang awalnya dilaporkan hilang dijumpai kira-kira 7 pagi.
“Jenazah Muhammad Kamil ditemui pada 12.15 tengah hari. Kedua-duanya ditemui pasukan penyelamat.
"Sebelum ini Muhammad Kamil dilaporkan hilang dan gerakan mencari dilakukan sebelum menemui mayatnya di bawah pokok berkenaan.
"Kita sedang berusaha menggali tanah untuk membawa keluar mangsa berikutan saiz pokok yang agak besar," katanya.
Selain itu, kejadian pada kira-kira 4 pagi itu turut menyebabkan lima penuntut dikenali sebagai Muaz, Farahanisa, Aini Sofea, Aida Farida dan Muhammad Ammar Afendi cedera dan dihantar ke Hospital Bentong.
Penuntut, Muhd Haziq Radzuan, 21, pula agak parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
Laporan awal menyebut 140 penuntut dan empat pensyarah menyertai aktiviti survival di air terjun Lata Charok, Janda Baik, pada kira-kira 4 pagi.
Mereka tiba di kawasan air terjun berkenaan pada 11.30 malam tadi. Sepatutnya selesai pada kira-kira 5 pagi.
Demikianlah Artikel Seorang Mangsa Hilang Ditemui Meninggal Dunia
Sekianlah artikel Seorang Mangsa Hilang Ditemui Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Seorang Mangsa Hilang Ditemui Meninggal Dunia dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/seorang-mangsa-hilang-ditemui-meninggal_13.html