Sokong bebas Anwar, langkah Mahathir 'cuci dosa', kata Zahid

Sokong bebas Anwar, langkah Mahathir 'cuci dosa', kata Zahid - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sokong bebas Anwar, langkah Mahathir 'cuci dosa', kata Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sokong bebas Anwar, langkah Mahathir 'cuci dosa', kata Zahid
link : Sokong bebas Anwar, langkah Mahathir 'cuci dosa', kata Zahid

Baca juga


Sokong bebas Anwar, langkah Mahathir 'cuci dosa', kata Zahid

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menandatangani petisyen untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai satu langkah “mencuci dosa” yang dilakukannya.
 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ramai yang menganggap bekas perdana menteri itu ‘menganiaya’ timbalannya ketika beliau berkuasa.
 
“Kini apabila beliau berada di luar kekuasaan dan pembasuhan dosa ini mahu dilakukan, maka beliau mengambil langkah untuk tandatangan petisyen berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kembara Media Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ahad.
 
Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun, menandatangani petisyen itu ketika hadir pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-12 di sini pada Sabtu, bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
 
Ahmad Zahid berkata petisyen tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bukan merupakan saluran yang tepat.
 
“Kita mengetahui bahawa satu surat rayuan telah dikemukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili Anwar memohon supaya Lembaga Pengampunan memberikan pengampunan kepada Anwar.
 
“Mungkin cara itu lebih diterima kerana yang boleh menentukan seseorang itu dilepaskan ialah melalui Lembaga Pengampunan,” katanya.
 
Ahmad Zahid berkata kerajaan menyerahkan kepada Lembaga Pengampunan untuk membuat keputusan.
 
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat.
 
Turut hadir pada majlis hari ini, Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab. 
 
 


Demikianlah Artikel Sokong bebas Anwar, langkah Mahathir 'cuci dosa', kata Zahid

Sekianlah artikel Sokong bebas Anwar, langkah Mahathir 'cuci dosa', kata Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sokong bebas Anwar, langkah Mahathir 'cuci dosa', kata Zahid dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/sokong-bebas-anwar-langkah-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :