'SPRM tak bertindak sekarang kerana tak mahu jadi alat politik'

'SPRM tak bertindak sekarang kerana tak mahu jadi alat politik' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'SPRM tak bertindak sekarang kerana tak mahu jadi alat politik', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'SPRM tak bertindak sekarang kerana tak mahu jadi alat politik'
link : 'SPRM tak bertindak sekarang kerana tak mahu jadi alat politik'

Baca juga


'SPRM tak bertindak sekarang kerana tak mahu jadi alat politik'

MALAYSIAKINI



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana tidak mahu dijadikan alat atau modal kempen oleh parti-parti politik.

Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, walaupun tindakan diambil terhadap ahli-ahli politik berkenaan, ia tidak akan menghalang mereka daripada bertanding atau memegang jawatan politik.

"Saya membuat ketetapan bahawa SPRM tidak akan bertindak sekarang terhadap ahli politik kerana saya tidak mahu SPRM diheret ke kancah politik dan dijadikan alat dan modal untuk berkempen oleh mana-mana parti politik.

"Ini kerana kita semua tahu jika SPRM mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik sebelum pilihan raya sekalipun ia tetap tidak akan menjadi penghalang kepada mereka untuk terus bertanding dan memegang jawatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa suruhanjaya itu perlu menunggu sehingga pilihan raya umum selesai untuk mengambil tindakan.

Pada masa sama, Dzulkifli mengingatkan semua parti politik agar memastikan setiap calon pilihan raya yang dipilih bersih daripada sebarang jenayah rasuah dan salahguna kuasa.

"Sekiranya ini tidak dipastikan, maka jangan salahkan SPRM apabila kami datang membuat kunjungan hormat dan mengetuk pintu-pintu anda selepas pilihan raya kelak," katanya.

Dzulkifli sebelum ini dipetik sebagai berkata pihaknya sedang menyiasat beberapa kes berprofil tinggi melibatkan ahli-ahli politik namun agensi itu perlu berhati-hati sebelum bertindak bagi mengelak dituduh terlibat dalam politik.

SPRM dalam beberapa bulan kebelakangan ini dilihat bertindak tegas terhadap ahli-ahli politik sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang.

Bagaimanapun pengkritik mendakwa suruhanjaya itu perlu mengambil tindakan terhadap lebih banyak kes berprofil tinggi termasuk 1MDB.




Demikianlah Artikel 'SPRM tak bertindak sekarang kerana tak mahu jadi alat politik'

Sekianlah artikel 'SPRM tak bertindak sekarang kerana tak mahu jadi alat politik' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'SPRM tak bertindak sekarang kerana tak mahu jadi alat politik' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/sprm-tak-bertindak-sekarang-kerana-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :