Sultan Selangor ingatkan speaker tidak memihak

Sultan Selangor ingatkan speaker tidak memihak - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Selangor ingatkan speaker tidak memihak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Selangor ingatkan speaker tidak memihak
link : Sultan Selangor ingatkan speaker tidak memihak

Baca juga


Sultan Selangor ingatkan speaker tidak memihak

SINAR HARIAN
Sultan Selangor ingatkan speaker tidak memihak
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berangkat merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Dewan Parlimen Dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2017, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (kanan) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri). - Foto Bernama 
 
 
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan speaker Dun dan Parlimen agar melaksanakan tugas dengan berkesan dan efektif selain tidak memihak kepada mana-mana parti politik sama ada pihak pemerintah dan pembangkang ketika persidangan dewan berlangsung.

Baginda bertitah, ia bertujuan memastikan institusi dewan dapat berperanan dengan baik dan mematuhi prinsip-prinsip keadilan yang sebenar.

"Oleh itu, speaker hendaklah memastikan agar ahli-ahli dewan sentiasa mematuhi dan melaksanakan setiap peraturan dan garis panduan dewan yang telah ditetapkan," titah baginda ketika merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dun Seluruh Malaysia 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri SA Vigneswaran dan Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh.

Sultan Sharafuddin bertitah, speaker dewan juga perlu berperanan mengawal keadaan apabila berlaku pertelingkahan dalam kalangan anggota dewan ketika sesi persidangan.

"Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan sesuatu usul atau menzahirkan pandangan hendaklah dilakukan secara berhemah dengan mengikut segala peruntukan yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Tetap Dewan.

"Beta tidak mahu berlakunya kejadian ahli dewan bercakaran di dalam dewan dengan melemparkan bahasa-bahasa kesat dan menyakitkan hati tanpa mengawal emosi mereka," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, adab dan tatasusila ketika berbahas juga penting bagi membuktikan Malaysia  mempunyai pemimpin matang dan berkeperibadian tinggi.

Baginda turut mengingatkan speaker dan anggota dewan supaya mendukung kedaulatan institusi beraja dan Sistem Raja Berpelembagaan sebagai sebahagian daripada elemen penting di dalam Parlimen dan Dun.

Baginda bertitah, peranan institusi raja di dalam Dun khususnya, bukan sekadar sebagai lambang bagi upacara rasmi semata-mata tetapi merangkumi aspek kuasa dalam meluluskan sesuatu rang undang-undang yang telah dibahaskan.

"Justeru itu, semua pihak terutama speaker diingatkan agar menghormati dan akur kepada institusi raja sebagai lambang kekuatan bangsa dan negara," titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menyarankan dewan supaya mengurangkan masa persidangan yang melangkaui waktu berehat iaitu selepas 12 tengah malam.

"Ia kerana kecergasan minda semua pihak termasuk urusetia dewan dan para pelapor tidak berada pada paras optimum ketika itu," titah baginda.

Sementara itu, Pandikar Amin dalam ucapannya berharap, Pelan Transformasi Parlimen Malaysia yang diperkenalkan sejak 2008 dapat  dilaksanakan di peringkat Dun bagi menambah baik perjalanan dewan sekali gus memastikan ia kekal relevan.

"Walaupun ada pihak berkata baik dan buruk cadangan penambahbaikan pelan itu belum tentu dapat direalisasikan jika tiada kefahamaan antara Badan Legislatif dan Badan Eksekutif.

"Kita mahu ia terus diperkukuhkan dalam mengangkat martabat institusi perundangan ke tahap lebih tinggi dan membanggakan sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri," katanya. - Bernama



Demikianlah Artikel Sultan Selangor ingatkan speaker tidak memihak

Sekianlah artikel Sultan Selangor ingatkan speaker tidak memihak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Selangor ingatkan speaker tidak memihak dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/sultan-selangor-ingatkan-speaker-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: