Tawan hati pengundi wanita untuk menang PRU

Tawan hati pengundi wanita untuk menang PRU - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tawan hati pengundi wanita untuk menang PRU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tawan hati pengundi wanita untuk menang PRU
link : Tawan hati pengundi wanita untuk menang PRU

Baca juga


Tawan hati pengundi wanita untuk menang PRU

DETIK DAILY

 
Oleh Lanh

HATI wanita dan lelaki tak sama - sebagai suami hampir 30 tahun saya hanya mula memahaminya sejak beberapa tahun lalu. Ambil contoh mudah hadiah hari jadi...bertahun-tahun saya menghadiahkan isteri buku...ya dia ambil buku itu (mungkin untuk mengambil hati) tetapi selepas itu dia 'buat tak tahu saja'.
Bagi saya sesebuah buku adalah 'barangan paling berharga dan menilai' tetapi rupa-rupanya nilaiannya sebagai hadiah kepada kebanyakan wanita mungkin tiada. Selepas berusia setengah abad (50 tahun), barulah saya faham - untuk hari jadi sang isteri seterusnya saya membeli jambangan bunga hidup, meminta si pekedai membungkusnya cantik-cantik dan kemudian menghantarnya ke tempat kerja isteri. Saya sudah mempraktikkannya sejak beberapa tahun lalu dan hasilnya...mmmmm!
Ternyata sang isteri suka sakan. Balik rumah dia bercerita tentang rakan-rakan sekerja yang mengusiknya seperti: "dapat bunga daripada 'boy friend' mana ni - yang baru ke yang lama?", "bertuah kamu dapat bunga, 'boy friend' (suami) aku tak peduli pun" dan "you dah dapat bunga, I pulak tak ada harapan!" 
Wanita agak saya suka dimain perasannya. Dia suka orang lain melihat apa yang dia dapat, dia suka rakan-rakan komen terhadap dirinya (tentunya yang baik-baik), tetapi cubalah hadiah hari jadi seperti jambangan bunga itu saya tidak hantar ke tempat kerjanya sebaliknya memberinya di rumah, mungkin dia akan menerimanya 'seadanya' - tiada apa yang 'menjentik' hatinya bagi 'membuahkan rasa seronok' pada dirinya.
Demikianlah susah bagi lelaki memahami hati wanita, demikian juga sebaliknya. Bijak pandai berkata lelaki dari planet Mars (Marikh) manakala wanita dari Venus (Musytari). Mungkin ada betul pendapat menyatakan hanya wanita memahami wanita...persoalannya dalam siasah (politik) sekarang ini bagaimana kita mahu menambat hati wanita sehingga hal ini membolehkan kita memenangi pilihan raya umum (PRU) yang akan diadakan tidak lama lagi?
Pemimpin politik perlu ingat hampir separuh (lebih 49 peratus) pengundi di Malaysia adalah wanita oleh itu sumbangan golongan ini adalah besar bagi kejayaan mana-mana pihak dalam PRU ke-14 dan mana-mana pilihan raya.
Sehubungan itu, kita meminta semua pihak berkaitan memikirkan hal ini dan melakukan tindakan segera bagi memenangi hati wanita kerana mereka mungkin menjadi penentu kemenangan pilihan raya. Isu-isu wanita perlu diketengahkan dan ditangani secara bijaksana kerana sebarang kelemahan di pihak kita akan memungkinkan musuh meraih sebanyak mungkin undi daripada golongan ini.

Kita mungkin sudah bergerak ke depan dengan mengemukakan sejumlah calon wanita pada pilihan raya lalu atau sebelumnya (malah pucuk kepimpinan parti pun diterajui wanita) tetapi masih banyak lompang yang perlu diperbaiki. Sekalipun kita mengemukakan lebih ramai calon wanita, pihak musuh akan tetap menuduh kita sebagai hanya mahu memancing undi golongan wanita.

Sebenarnya, apa saja yang kita buat (termasuk memartabatkan golongan wanita) akan dipandang sinis oleh pihak ini; oleh itu tabahkan semangat untuk terus memberikan yang terbaik kepada golongan wanita sejajar dengan ketetapan Allah SWT melalui Kitab dan Rasul-Nya. Namun pelaksanaan hal ini tidak mudah kerana wanita sebagai golongan lemah yang dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam s.a.w.; sebahagiannya mudah terpengaruh dengan manis dunia termasuklah hiburan dan laranya. Kelemahan inilah yang dieksploitasi oleh pihak lawan kita yang terus berjanji memberikan yang muluk-muluk kepada wanita penyokong atau pengundinya.

Di sini kita lihat betapa pentingnya golongan lelaki sebagai pemimpin (termasuklah sebagai suami dan bapa) berperanan untuk mendidik orang di bawah mereka. Bukanlah Allah SWT telah berfirman melalui ayat 6 Surah At-Tahrin yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka, yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala).”

Insya-Allah apabila kebanyakan wanita sudah dirapati dan dipasakkan ilmu agama dalam diri masing-masing, mereka akan tahu menilai mana intan dan mana kaca; pihak mana yang berjuang untuk keselamatan mereka di dunia dan akhirat dan pihak mana yang hanya menjanjikan kemanisan dunia yang bersifat sangat sementara. Ya berusaha keras dan berdoalah agar wanita-wanita kita diberi taufik dan hidayah untuk memilih antara kaca dan permata.

Namun memasakkan ilmu ke dada-dada wanita kita bukan proses mudah atau boleh dilakukan menjelang pilihan raya saja. Pendidikan bermula daripada bayi dalam kandungan lagi, berterusan di alam bayi, alam kanak-kanak, remaja, dewasa, tua sehinggalah seseorang itu masuk ke alam kubur. Ertinya pendidikan adalah proses seumur hidup. Persoalannya adakah kita bersedia dan cukup prasarananya untuk menjayakan cita-cita mendidik seluruh masyarakat ini?

Sekalipun kelihatan berat, tetapi usaha perlu dilakukan dengan doa tanpa putus-putus. Insya-Allah apabila wanita kita terurus matlamatnya, kita akan sentiasa mendapat sokongan mereka termasuk ketika pilihan raya. Fahamilah hati wanita, beri perhatian kepada wanita, insya-Allah mereka akan memberikan yang terbaik demi kebaikan kepada semua tidak kira lelaki atau wanita. Yakinilah kesepaduan lelaki-wanita akan membuahkan kejayaan kepada kita!
 
 


Demikianlah Artikel Tawan hati pengundi wanita untuk menang PRU

Sekianlah artikel Tawan hati pengundi wanita untuk menang PRU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tawan hati pengundi wanita untuk menang PRU dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/tawan-hati-pengundi-wanita-untuk-menang.html

Subscribe to receive free email updates: