Terluka dipanggil ‘pak lebai’, PAS mahu tawan kerusi Putrajaya

Terluka dipanggil ‘pak lebai’, PAS mahu tawan kerusi Putrajaya - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terluka dipanggil ‘pak lebai’, PAS mahu tawan kerusi Putrajaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terluka dipanggil ‘pak lebai’, PAS mahu tawan kerusi Putrajaya
link : Terluka dipanggil ‘pak lebai’, PAS mahu tawan kerusi Putrajaya

Baca juga


Terluka dipanggil ‘pak lebai’, PAS mahu tawan kerusi Putrajaya

 
PAS Wilayah Persekutuan mahu menghapuskan 'khurafat' kononnya parti 'pak lebai' tidak mampu keluar dari Pantai Timur dan Utara Semenanjung.


Mohamad-Noor-Mohamad-putrajaya 

KUALA LUMPUR: Masih terluka dipanggil “pak lebai”, PAS Wilayah Persekutuan mahu menghapuskan sindiran parti lawan dengan meletakkan calon di kerusi Putrajaya, yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata, PAS harus membuktikan mereka lebih dari sekadar parti “pak lebai” yang hanya boleh menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

“Kita mesti pecahkan ‘khurafat’ ini. Kita kena bertanding di Putrajaya,” katanya dalam ucapan di Konvensyen Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan hari ini.

“Kita pastikan perjuangan PAS boleh diterima seluruh masyarakat,” tambahnya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sindiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selepas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan rancangan menawan Selangor.

“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun tersungkur,” kata Azmin di Twitter 21 Mac lepas, dipercayai ditujukan kepada Nik Abduh, yang tewas dalam pemilihan kawasan Pengkalan Chepa.

Mohamad hari ini menyifatkan pandangan yang mahu mengehadkan peluang PAS kepada Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja sebagai kenyataan bongkak dan sombong.

“Sebab itu DAP berani sebut PAS bertanding 4 buah negeri ini sahaja biar bandar-bandar ini dia yang tanding,” katanya.

Pada PRU-13, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menewaskan pencabarnya, Datuk Husam Musa, yang ketika itu bertanding atas tiket PAS, dengan majoriti 5,541 undi. Daripada 15,791 pengundi berdaftar, BN peroleh 9,943 undi manakala PAS 4,402.



Demikianlah Artikel Terluka dipanggil ‘pak lebai’, PAS mahu tawan kerusi Putrajaya

Sekianlah artikel Terluka dipanggil ‘pak lebai’, PAS mahu tawan kerusi Putrajaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terluka dipanggil ‘pak lebai’, PAS mahu tawan kerusi Putrajaya dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/terluka-dipanggil-pak-lebai-pas-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: