Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas

Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas
link : Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas

Baca juga


Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas

ASTRO AWANI

Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas
Kayveas berkata tindakan itu telah dijangka dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dalam suasana politik hari ini.
 
 
CAMERON HIGHLANDS: Tindakan pemimpin dan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar parti sejak kebelakangan ini membuktikan PPBM tidak mempunyai hala tuju dan perjuangan politik yang jelas, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.

Beliau berkata tindakan itu telah dijangka dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dalam suasana politik hari ini.

"PPBM ditubuhkan hanya kerana mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya ikhlas untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat di negara ini," katanya 
 
kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Cameron Highlands berjumlah RM12,000 di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata hari ini.
 
Katanya, rakyat di negara ini khususnya generasi muda boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukan oleh pembangkang selama ini dan parti mana yang ikhlas memperjuangkan nasib serta masa depan rakyat.

"Sebagai contoh, DAP tidak pernah mengambil peduli dan mahu menyelesaikan masalah tanah dan nasib yang dihadapi petani di Cameron Highlands.

"Mereka hanya datang ke sini apabila kempen pilihan raya sahaja tetapi selepas itu tidak ada pemimpin DAP yang datang ke sini untuk menyelami nasib dan menyelesaikan beberapa masalah penduduk di sini," katanya.

Jumaat lalu, lebih 1,000 anggota PPBM Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian PPBM Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu susulan kegagalan Muhyiddin yang juga Presiden parti menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau -- BERNAMA
 
 


Demikianlah Artikel Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas

Sekianlah artikel Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/tindakan-anggota-ppbm-keluar-parti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :