Judul : Tun M mungkin 'terlupa' ketika tandatangan petisyen bebas Anwar - Umno
link : Tun M mungkin 'terlupa' ketika tandatangan petisyen bebas Anwar - Umno
Tun M mungkin 'terlupa' ketika tandatangan petisyen bebas Anwar - Umno
Oleh Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin 'terlupa' apa yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, lebih-lebih lagi ketika bersama Umno.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata tindakan bekas perdana menteri itu menandatangani petisyen bebas Anwar juga akan dinilai rakyat, sementelah Dr Mahathir sering didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab memenjarakan Anwar pada tahun 1999.
"Hari ini dia sendiri seolah-olah menjilat balik ludah dia, jadi pada saya, rakyat harus jadikan ini sebagai rujukan sebagai tindakan dia supaya kita tidak mudah terpengaruh dengan apa yang dia buat dalam politik.
"Maknanya satu contoh dalam politik Tun M ini berdasarkan apa yang saya lihat ialah politik yang berkepentingan peribadi," ujar beliau kepada Antarapos, hari ini.
Sohaimi kemudiannya menyelar tindakan Dr Mahathir yang kini semakin giat berjuang bersama pembangkang.
"Tun M mudah lupa, tapi (orang) Melayu masih ingat. Saya ingat dia sudah tak relevan dalam politik Malaysia, dia sendiri lupa apa yang dia dah buat sebelum ini dan apa yang diucap dan diungkapkan.
"Sebab dia pun bukan faktor yang menjadi idola kita, rujukan atau panduan terbaik sebagai ahli politik. Dia juga satu faktor pemecahbelah masyarakat dan saya ingat dia ni dah nyanyuk" katanya lagi.
Dr Mahathir pada semalam, menandatangani petisyen untuk membebaskan Anwar yang kini dipenjarakan akibat kesalahan liwat II.
Pengerusi PPBM itu berbuat demikian selepas menghadiri perasmian Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12.
Perwakilan PKR di dalam kongres itu juga meletakkan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 sebagai agenda utama.
Demikianlah Artikel Tun M mungkin 'terlupa' ketika tandatangan petisyen bebas Anwar - Umno
Sekianlah artikel Tun M mungkin 'terlupa' ketika tandatangan petisyen bebas Anwar - Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun M mungkin 'terlupa' ketika tandatangan petisyen bebas Anwar - Umno dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/tun-m-mungkin-terlupa-ketika.html