Judul : Ulangtahun Umno ke-71: Mukhriz ajak rakyat tolak Umno
link : Ulangtahun Umno ke-71: Mukhriz ajak rakyat tolak Umno
Ulangtahun Umno ke-71: Mukhriz ajak rakyat tolak Umno
DETIK DAILYTimbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu ahli Umno dan rakyat negara ini menolak Umno kerana parti itu kini menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.
Sambutan ulang tahun Umno ke-71 itu dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Stadium Bukit Jalim malam ini, dilihat sebagai sambutan yang luar biasa berbanding sambutan sama sebelum ini diadakan oleh Umno keramat orang Melayu itu.
" Sambutan ulang tahun Umno ke-17 diraikan gilang gemilang majlis paling besar pernah berlaku yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
" Sudah tiba masanya Umno perlu diganti oleh Pakatan Harapan.
"Pada waktu sama saya terpaksa mengakui banyak jasa Umno taburkan sepanjang hayat 71 tahun itu," ujarnya ketika hadir ceramah Semarak Muafakat Pemimpin dan Rakyat yang diadakan di Felda Palong malam tadi.
Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, apa bila disebut jasa Umno, pmimpin dan ahli Umno perlu ingat siapa pemimpin Umno dalam tempoh 71 tahun itu.
"Bagi mengiktiraf jasa Umno ada gambar yang saya terima mengenai banner yang dipasang di luar stadium antaranya wajah PM tahun 1981-2003 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad
"Sambil kita mengiktiraf kehebatan parti itu kerana salah seorang yang pernah memimpin Umno adalah pemimpin dalam PPBM kini ( Dr Mahathir).
"Ia adalah hakikat yang mana pemimpin dan ahli Umno perlu sedar.
"Kalau pun banyak jasa Umno ditaburkan kepada orang Melayu kepimpinan dahulu sudah bersama kita (PPBM) di sini- maka seharusnya dilihat parti ini mewarisi perjuangan asal Umno untuk bangsa agama dan negara.
"Malangnya parti yang dulu saya dokong dan sayangi ini telah jauh menyimpang dari tujuan asal. Hari ini Umno pertahankan Najib dan Rosmah," ujarnya.
Justeru dengan tertubuhnya Bersatu, Mukhriz mengharapkan semua pihak terutama dikalangan orang Melayu dan dikalangan ahli Umno untuk menyokong perjuangan Bersatu pada hari ini.
"Jika benar nak tegak syiar Islam, bangsa Melayu dan nak majukan tanahair marilah bersama dengan PPBM.
"Ini sangat penting disampaikan kepada rakan-rakan.
"Adanya saya, Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie yang kini menubuhkan parti Warisan bukannya melanggar disiplin parti atau curi duit ahli atau salah etika ketika dalam Umno..
"Kesalahan kami hanya menegur presiden Umno walaupun pegang jawatan parti dan kerajaan- atas sebab kami mahu menjaga kepentingan rakyat, telah menegur presiden dalam mesyuarat tertutup tetapi tidak diterimanya dan barulah kami bercakap secara terbuka.
"Kami akhirnya digugurkan satu persatu. Bagi kami jawatan ini dunia sahaja bukan boleh bawa mati. Sekurang-kurangnya kita boleh jawab diakhirat nanti, ddipecat dari parti pun takpa dan kini kita tubuhkan parti baharu," ujarnya.
Dalam siri ceramah Semarak itu seramai 529 ahli Umno dari Felda Palong7 telah mengisytiharkan keluar Umno menyertai Bersatu.-M/D
Demikianlah Artikel Ulangtahun Umno ke-71: Mukhriz ajak rakyat tolak Umno
Sekianlah artikel Ulangtahun Umno ke-71: Mukhriz ajak rakyat tolak Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ulangtahun Umno ke-71: Mukhriz ajak rakyat tolak Umno dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/ulangtahun-umno-ke-71-mukhriz-ajak.html