20 dicekup lumba haram semasa umat Islam solat tarawih

20 dicekup lumba haram semasa umat Islam solat tarawih - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 20 dicekup lumba haram semasa umat Islam solat tarawih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 20 dicekup lumba haram semasa umat Islam solat tarawih
link : 20 dicekup lumba haram semasa umat Islam solat tarawih

Baca juga


20 dicekup lumba haram semasa umat Islam solat tarawih

MALAYSIAKINI


Dua puluh remaja terpaksa menolak motosikal mereka sejauh tiga kilometer selepas dicekup polis berlumba haram di Bandar Paka malam semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata remaja berusia dalam lingkungan 14 hingga 18 tahun itu ditahan ketika leka melakukan pelbagai aksi berbahaya di sepanjang Jalan Santong - Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah semasa kebanyakan umat Islam menunaikan solat tarawih.

Katanya kumpulan itu ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun kerana menjadikan laluan itu sebagai litar lumba sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat.

"Operasi yang bermula pada jam 10 hingga 12 malam itu adalah berdasarkan pada aduan orang ramai.

"Sebelum tangkapan dilakukan, pihak polis turut melakukan intipan bagi mengenal pasti laluan utama yang digunakan mereka untuk berlumba," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata polis menyita lapan buah motosikal dan mengeluarkan 42 saman kepada kesemua remaja terbabit atas pelbagai kesalahan berkaitan trafik.

Antara kesalahan mereka ialah tidak memakai topi keledar, cukai jalan tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

Ahmad Zailani turut mengingatkan ibu bapa mengambil tahu pergerakan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dalam aktiviti lumba haram dalam usaha mengekang gejala itu.

"Ibu bapa boleh dikenakan tindakan kerana membenarkan anak mereka yang di bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen," katanya.- Bernama




Demikianlah Artikel 20 dicekup lumba haram semasa umat Islam solat tarawih

Sekianlah artikel 20 dicekup lumba haram semasa umat Islam solat tarawih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 20 dicekup lumba haram semasa umat Islam solat tarawih dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/20-dicekup-lumba-haram-semasa-umat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :