Judul : Anwar masih boleh jadi PM ke-7, kata Johari
link : Anwar masih boleh jadi PM ke-7, kata Johari
Anwar masih boleh jadi PM ke-7, kata Johari
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: PKR tidak bersetuju dengan pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri ketujuh selepas pembangkang menang dalam pilihan raya yang akan datang.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata Anwar masih boleh menjadi perdana menteri selepas ini kerana pemimpin itu selama ini terpaksa berdepan dengan proses perundangan yang tidak normal.
"Kit Siang mungkin melihat dari segi perundangan yang normal. Sedangkan Anwar merupakan seorang banduan yang abnormal, seorang tahanan politik. Oleh kerana itu mengapa kita harus melihatnya melalui proses yang normal? Beliau akan diadili oleh masyarakat dan negara selepas kita menang, secara abnormal.
"Bukan ada satu keadaan sahaja untuk membebaskan Anwar, ada lagi beberapa termasuk pengampunan total dari Yang di-Pertuan Agong. Maka apa jua yang menyekatnya untuk menjadi PM akan hilang.
"(Maka) Proses untuk beliau menjadi PM juga akan berlaku secara abnormal," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Terdahulu Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata Anwar tidak boleh menjadi perdana menteri ketujuh meskipun bekas ketua pembangkang itu dilihat menjadi calon utama Pakatan Harapan (PH) ketika ini.
Ini kerana, Anwar masih terikat dengan perundangan yang menyebabkan dirinya hilang hak memegang jawatan awam selama lima tahun dari tempoh pembebasannya.
Kit Siang seterusnya berkata, atas sebab-sebab itu maka Anwar hanya boleh menjadi perdana menteri kelapan.
Diminta mengulas kenyataan itu, Johari berkata PKR komited untuk menjadi Anwar sebagai satu-satunya perdana menteri selepas menang PRU14 akan datang dan akan melakukan pelbagai cara untuk membolehkan pemimpin itu bebas.
Malah ujarnya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan tetap menjadi 'pemanas kerusi' sementara waktu sebelum ia diserahkan kepada Anwar.
"Kita menang hari ini, maka kita terus juga minta ampun, esoknya Anwar bebas dan pengampunan itu secara total. Salah seorang daripada kita akan kosongkan kerusi. Kemudian SPR akan umumkan dalam tempoh 14 hari buat pilihan raya. Minggu ketiganya Anwar boleh menjadi PM," demikian menurut Johari.
Anwar pada 10 Februari 2015 dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mendapati bekas Ketua Pembangkang itu bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, sembilan tahun lalu.
Demikianlah Artikel Anwar masih boleh jadi PM ke-7, kata Johari
Sekianlah artikel Anwar masih boleh jadi PM ke-7, kata Johari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar masih boleh jadi PM ke-7, kata Johari dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/anwar-masih-boleh-jadi-pm-ke-7-kata.html