Judul : Apa ada pada Qatar?
link : Apa ada pada Qatar?
Apa ada pada Qatar?
Oleh Muhammad Faeez Azahar
PENULIS bukanlah penganalisis politik antarabangsa yang tegar, sekadar memerhati dari kaca mata awam. Namun, penulis tidak boleh lari daripada keterujaan terhadap negara Qatar.
Penulis tidak mampu untuk menganalisis dan mengulas berkaitan strategi politik antarabangsa dan hubungan diplomatik negara itu dengan negara-negara lain. Bagi penulis, Qatar adalah satu negara yang unik dan keunikan ini tidak ada di negara-negara lain.
Sebelum ini Qatar dikenali sebagai negara padang pasir, tidak punyai apa-apa. Hanya negara kecil di tengah-tengah negara besar lain seperti Saudi, Iran, Oman dan UAE. Namun kini menjadi tumpuan dunia dan sangat dicemburui oleh kuasa-kuasa besar. Qatar telah menjadi pihak yang penting dalam percaturan politik dunia dan keberadaannya tidak mampu dikesampingkan.
Qatar kini bukanlah Qatar puluhan tahun lalu. Satu tajdid dan pembaharuan yang sangat mengagumkan.
Negara itu telah memberi sumbangan besar dan memainkan peranan penting terutama berkaitan survival umat Islam. Ia bukan lagi seperti banyak negara jiran yang menghadapi kemelut dan peperangan berpanjangan.
Negara ini memberi ruang dan peluang kepada tokoh-tokoh untuk berlindung daripada ancaman musuh termasuklah dari negara asal mereka sendiri. Tokoh paling besar ialah mujtahid dan cendekiawan tersohor, Profesor Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi. Umum mengetahui beliau mendapat kerakyatan dan dilindungi di Qatar. Kesatuan Ulama Sedunia yang dipimpinnya bernaung di negara itu.
Negara ini juga dikenali sebagai negara yang lantang mempertahankan dan memperjuangkan isu Palestin, maka tidak hairanlah Qatar sangat dibenci oleh sekelompok kuasa besar dunia. Qatar juga cenderung mempertahankan gerakan Islam seperti Hamas dan Ikhwanul Muslimin malah ramai pemimpin gerakan ini berlindung di negara itu. Media tersohor, Al-Jazeera yang sentiasa mempelopori isu sejagat umat Islam juga berpusat di Qatar.
Di negara inilah kita boleh melihat kehebatan umat Islam sebenar. Akhlak Islam dipraktikkan oleh pemerintah dan rakyat. Sistem pentadbiran negaranya efisien dan bersistematik, maka tidak hairanlah negara ini berada di kedudukan ke-20 dunia dalam memerangi rasuah.
Qatar adalah sebuah negara yang kaya nikmat hasil petroleum kedua terbesar di dunia. Hasil bumi ini telah mengubah negara itu menjadi sebuah negara maju yang kekayaannya dinikmati oleh rakyat.
Qatar telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang signifikan menjadikannya sebagai salah satu negara terkaya di dunia. Rakyat Qatar secara puratanya berpendapatan tinggi, bukti kemiskinan berjaya dibasmi dengan baik.
Negara ini yang terpilih menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, kini giat membina stadium bola sepak berkapasiti tinggi.
Qatar turut menganjurkan kejohanan sukan berkelas dunia seperti tenis, motocross dan sebagainya.
Mungkin ramai yang beranggapan ini adalah satu pembaziran besar, namun bagi penulis kemungkinan Qatar menjadikan platform ini untuk menempatkan mereka dalam kalangan negara tumpuan dunia bukan sahaja di kaca mata umat Islam tetapi merangkumi seluruhnya.
Qatar mahu membuktikan negara Islam juga mampu mempelopori segenap perkara. Pembangunan, pentadbiran yang baik, kepedulian dan kebersamaannya terhadap isu umat Islam, penguasaan ekonomi dan sebagainya.
Penulis berkongsi pengalaman dan dapatan dari sudut pandang penulis yang cetek untuk dikongsi bersama, mungkin ada perkara yang lari daripada hakikat sebenarnya. Apa yang lebih penting ialah Qatar perlu terus mempertahankan prinsipnya dan tidak tunduk terhadap apa jua desakan. Semoga negara ini terus sukses!
* PENULIS adalah Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim.
Demikianlah Artikel Apa ada pada Qatar?
Sekianlah artikel Apa ada pada Qatar? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa ada pada Qatar? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/apa-ada-pada-qatar.html