Judul : Didenda RM3,000 miliki gambar lucah
link : Didenda RM3,000 miliki gambar lucah
Didenda RM3,000 miliki gambar lucah
SINAR ONLINEKUALA LUMPUR - Seorang perunding syarikat insurans didenda RM3,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki gambar lucah bekas teman wanitanya, akhir bulan lepas.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu ke atas Kenneth Chong Po-Ken, 33,
selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki gambar berunsur lucah milik bekas teman wanitanya berusia 32 yang disimpan di dalam cakera keras Western Digital miliknya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Brickfields, di sini pada 1.45 pagi, 30 Mei lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin manakala tertuduh diwakili peguam Alex Anton Netto. – Bernama
Demikianlah Artikel Didenda RM3,000 miliki gambar lucah
Sekianlah artikel Didenda RM3,000 miliki gambar lucah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Didenda RM3,000 miliki gambar lucah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/didenda-rm3000-miliki-gambar-lucah.html