Judul : Disimbah asid, bakal calon PRU dari SUPP melecur 18 peratus
link : Disimbah asid, bakal calon PRU dari SUPP melecur 18 peratus
Disimbah asid, bakal calon PRU dari SUPP melecur 18 peratus
ANTARAPOS.COMSIBU: Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Dudong, Wong Ching Yong, 59, melecur di muka dan bahagian kiri badannya selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh dua lelaki tidak dikenali semalam.
Mangsa yang merupakan seorang akauntan 'diserang' ketika sedang menuju ke keretanya di tempat parkir berhampiran pejabatnya di Lorong Tuanku Osman 4, sebelum dua lelaki menaiki motosikal menghampiri dan menegurnya.
Ketua Polis Daerah Sibu, SAC Saiful Bahri Abdullah berkata sebaik mangsa menoleh setelah namanya dipanggil, salah seorang daripada lelaki itu terus menyimbah asid ke muka dan badan mangsa.
"Akibat kejadian itu, mangsa melecur 18 peratus di muka dan bahagian kiri badannya," katanya dipetik Bernama.
Difahamkan selepas kejadian, Wong telah berlari ke sebuah kedai berhampiran untuk membasuh muka, tangan dan badannya sebelum dibawa oleh abangnya ke sebuah hospital swasta di sini untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata, identiti suspek masih belum dikenal pasti dan sedang giat mengesan suspek tersebut.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan cecair yang menghakis.
Difahamkan, Wong merupakan antara tiga individu yang dikenal pasti sebagai calon SUPP untuk kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Demikianlah Artikel Disimbah asid, bakal calon PRU dari SUPP melecur 18 peratus
Sekianlah artikel Disimbah asid, bakal calon PRU dari SUPP melecur 18 peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Disimbah asid, bakal calon PRU dari SUPP melecur 18 peratus dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/disimbah-asid-bakal-calon-pru-dari-supp.html