Gantung juga lembaga pengarah FGV

Gantung juga lembaga pengarah FGV - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gantung juga lembaga pengarah FGV, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gantung juga lembaga pengarah FGV
link : Gantung juga lembaga pengarah FGV

Baca juga


Gantung juga lembaga pengarah FGV

Oleh Datuk Ruslan Kassim





Isu Felda Global Ventures (FGV) terbaharu berkaitan penggantungan tugas ketua pegawai eksekutifnya (CEO) dan pendedahan portal Malaysia Today.Amat wajar satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat secara menyeluruh, selain menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera masuk menyiasat FGV kerana pengerusi Felda dan CEO, yang diarah bercuti, itu sendiri mahukan SPRM masuk menyiasat.

Perkasa berhak menuntut satu badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat FGV kerana tidak sedikit ahli Perkasa daripada keluarga peneroka Felda yang mempunyai kepentingan dalam FGV.

Pendedahan portal Malaysia Today perlu disiasat kerana telah tersebar meluas cerita tindakan terhadap CEO itu atas sebab kepentingan pihak tertentu.

Perkasa bukan mahu membela atau menuduh mana-mana pihak tetapi masyarakat kini mengikuti isu FGV dari mula ia ditubuhkan. Sejak ditubuhkan, FGV tidak sunyi daripada pelbagai isu.

Semalam berita berkaitan seorang penolong pengarang satu akhbar ternama didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah yang ada kaitan bekas CEO sebelum ini. Beliau dikata cuba membantu bekas CEO itu untuk menghentikan siasatan SPRM ke atas FGV.

Sekali lagi Perkasa menggesa:

(i) Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat, mengkaji permasalahan dan mencadangkan penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan dengan tadbir urus, perkembangan dan prestasi FGV.

(ii) Siasatan jawatankuasa khas di atas perlu dibentangkan dan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan sama ada wujud keperluan terhadap penstrukturan semula organisasi FGV dan anak-anak syarikatnya atau penambahbaikan di mana perlu.

Jika terbukti ada salah urus tadbir atau pelanggaran kod etika organisasi yang mampu menghakis kepercayaan peneroka dan rakyat Malaysia terhadap FGV, tindakan segera hendaklah diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

Masyarakat mengaitkan semuanya dengan penggantungan CEO sedia ada dan pendedahan Malaysia Today.

Jika CEO diarah bercuti, demi menjalankan siasatan lebih mudah dan telus, Perkasa menggesa anggota lembaga pengarah FGV perlu juga digantung sementara.

* Datuk Ruslan Kassim adalah ketua penerangan Perkasa



Demikianlah Artikel Gantung juga lembaga pengarah FGV

Sekianlah artikel Gantung juga lembaga pengarah FGV kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gantung juga lembaga pengarah FGV dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/gantung-juga-lembaga-pengarah-fgv.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :