Habis Pasu Dipecahkan, Bisnes Ayam Bakal Viral Kena Khianat

Habis Pasu Dipecahkan, Bisnes Ayam Bakal Viral Kena Khianat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Habis Pasu Dipecahkan, Bisnes Ayam Bakal Viral Kena Khianat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Habis Pasu Dipecahkan, Bisnes Ayam Bakal Viral Kena Khianat
link : Habis Pasu Dipecahkan, Bisnes Ayam Bakal Viral Kena Khianat

Baca juga


Habis Pasu Dipecahkan, Bisnes Ayam Bakal Viral Kena Khianat

Perniagaan yang maju dan mendapat sambutan ramai tidak akan terlepas daripada perbuatan dengki dan khianat.

Demikian yang berlaku kepada pemilik Ayam Bakar Pasu Terlangkup (ABPT) Yusdey Ismail, 40, yang pasu-pasunya dipecahkan oleh pihak yang dipercayai tidak senang dengan perniagaan yang dijalankannya.

Dalam kejadian awal pagi Selasa itu, sebanyak 18 daripada 43 pasu yang digunakan Yusdey untuk membakar ayam di Bazar Ramadan Wisma Ria, Sungai Petani, Kedah didapati telah pecah.

"Ada yang kata saya fitnah atau sengaja reka cerita, itu tak betul, pasu-pasu itu memang ada kesan pecah akibat diketuk dengan benda keras, saya agak tukul besi.

"Saya pun tak sangka boleh jadi macam ni apatah lagi sekarang ni bulan Ramadan...kerugian ini saya anggap sebagai dugaan saya di bulan puasa," katanya.


Sebelum ini, ABPT yang dijual Yusdey tular di media sosial dan sambutan yang diterima semakin hebat apabila masuk bulan Ramadan, apabila orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli ayam yang dimakan dengan sos khas ini.

Yusdey yang mengasaskan ABPT pada 2015 dengan membuka gerai pertamanya di Jalan Yan - Guar Chempedak berkata, akibat perbuatan itu, beliau mengalami kerugian kira-kira RM2,000.

"Rugi banyak juga sebab pasu saya buat sendiri, nasib baik saya ada simpan pasu lebih, bolehlah saya berniaga macam biasa.

"Saya tak tuduh siapa-siapa, tapi mungkin ada orang tak puas hati bila saya tutup gerai saya dengan jaring hitam, tapi setahu saya, saya tak ada pula halang laluan sesiapa," katanya yang berasal dari Port Dickson ini.


Menurut Yusdey, walaupun kesal dengan apa yang berlaku, beliau tetap meneruskan perniagaan seperti biasa selepas membuat laporan polis, pagi Selasa.

Katanya, setakat ini ABPT mempunyai enam cawangan iaitu tiga di Kedah, dua di Melaka dan satu di Port Dickson.

Gerai ABPT sering diserbu pelanggan dan menjadi bualan ramai bukan sahaja kerana cara memasaknya yang unik, tetapi juga disebabkan rasanya yang enak.

Yusdey berkata, pasu terlangkup yang berfungsi seperti ketuhar membolehkan ayam yang dibakar masak dengan sempurna mengikut masa yang ditetapkan.

"Ia tak dimasak menggunakan api secara langsung, sebaliknya menggunakan asap.

"Kaedah ini mengelakkan ayam daripada masalah hangit atau hitam, tetapi isinya tak masak. Isi ABPT rasanya seperti ayam salai," katanya.

Jelasnya, setakat ini beliau mempunyai kira-kira 500 buah pasu yang direka sendiri untuk tujuan perniagaannya.


Demikianlah Artikel Habis Pasu Dipecahkan, Bisnes Ayam Bakal Viral Kena Khianat

Sekianlah artikel Habis Pasu Dipecahkan, Bisnes Ayam Bakal Viral Kena Khianat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Habis Pasu Dipecahkan, Bisnes Ayam Bakal Viral Kena Khianat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/habis-pasu-dipecahkan-bisnes-ayam-bakal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :