Judul : Hadi: Krisis di negara Arab berpunca dari ideologi sekularisme
link : Hadi: Krisis di negara Arab berpunca dari ideologi sekularisme
Hadi: Krisis di negara Arab berpunca dari ideologi sekularisme
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Ideologi sekularisme yang menjauhkan Islam daripada soal kehidupan sehingga memisahkan negara dan agama menjadi penyebab utama kepada kemelut antara Qatar dan negara-negara Arab yang lain.
Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketegangan itu juga berlaku kerana berlakunya perbezaan 'kiblat politik dan solat'.
"Maka kiblat untuk solat ialah menghadap ke Baitullah di Mekah, dan kita menjaga serta membangunkannya sebagai kiblat kita.
"Adapun kiblat politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lainnya, maka kiblatnya ialah Rumah Putih di Washington atau Rumah Merah di Moscow," demikian memetik kenyataannya hari ini.
Respon Hadi itu menyusul selepas Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar selepas menuduh negara itu melindungi pengganas.
Turut mengambil langkah yang sama adalah Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir.
Selain didakwa melindungi pengganas dan menyokong pertubuhan Ikhwanul Muslimin, Qatar juga dituduh mndukung agenda Iran.
Menjelaskan lebih lanjut, Hadi meminta masyarakat Islam di seluruh dunia mengambil iktibar Perjanjian Sykes-Picot dan perpecahan yang berlaku dalam dunia Islam di negara Arab.
"Maslahah (kepentingan) dunia lebih diutamakan berbanding maslahah agama bagi menjaga maslahah Zionis dan sekaligus mengesampingkan isu Al-Aqsa dan Palestin," katanya lagi.
Demikianlah Artikel Hadi: Krisis di negara Arab berpunca dari ideologi sekularisme
Sekianlah artikel Hadi: Krisis di negara Arab berpunca dari ideologi sekularisme kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hadi: Krisis di negara Arab berpunca dari ideologi sekularisme dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/hadi-krisis-di-negara-arab-berpunca.html