Judul : Hishamuddin gesa siasatan menyeluruh nahas Hawk 108
link : Hishamuddin gesa siasatan menyeluruh nahas Hawk 108
Hishamuddin gesa siasatan menyeluruh nahas Hawk 108
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Siasatan terperinci ke atas nahas pesawat Hawk 108 perlu dilakukan segera untuk mencari punca, tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Menerusi akaun Twitternya, beliau juga menyampakan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga juruterbang yang maut dalam insiden pagi tadi.
Terdahulu juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang dilaporkan hilang 11.30 pagi tadi ditemui maut selepas gagal menggunakan payung terjun kecemasan untuk menyelamatkan diri.
Kedua-dua mangsa ditemui pada jam 2.30 petang tadi berhampiran kawasan paya paya Chukai, Kemaman.
Juruterbang berkenaan adalah mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39 dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31.
Jenazah kedua-dua juruterbang itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat manakala bangkai pesawat itu masih belum dijumpai.
Pesawat Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu persempadanan antara Terengganu dan Pahang, 11.30 pagi tadi.
Perkara itu disahkan Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menerusi kenyataan tersebut, pesawat itu dilaporkan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada 11.30 pagi.
Demikianlah Artikel Hishamuddin gesa siasatan menyeluruh nahas Hawk 108
Sekianlah artikel Hishamuddin gesa siasatan menyeluruh nahas Hawk 108 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hishamuddin gesa siasatan menyeluruh nahas Hawk 108 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/hishamuddin-gesa-siasatan-menyeluruh.html