Judul : Jangan Sibuk Bazir Duit Beli Dan Main Mercun!
link : Jangan Sibuk Bazir Duit Beli Dan Main Mercun!
Jangan Sibuk Bazir Duit Beli Dan Main Mercun!
Muzaffar Syah MallowIsu kecederaan akibat daripada bermain mercun tidak seharusnya dipandang ringan oleh semua pihak dalam negara kita.
Saban tahun khususnya setiap kali ketibaan hari lebaran akan kedengaran melalui media mengenai kemalangan yang melibatkan permainan mercun.
Seperti yang telah dilaporkan pada bulan Ramadan tahun – tahun yang lalu, Ramadan tahun ini juga tidak terlepas daripada laporan kecederaan akibat daripada bermain dengan mercun.
Mangsa khususnya golongan kanak – kanak dilihat lebih gemar membazirkan wang saku mereka untuk membeli dan bermain dengan mercun daripada membelanjakan wang mereka untuk perkara – perkara lain yang lebih membawa faedah dan yang tidak mendatangkan bahaya pada diri mereka dan orang lain.
Terbaru melibatkan seorang mangsa murid tahun tiga cedera di tangan kirinya selepas mercun bola yang digabungnya meletup dan serpihannya terkena pada tangannya dalam kejadian di Wakaf Beruas, Kuala Terengganu.
Ini menjadikan kejadian itu sebagai kejadian kemalangan bermain dengan mercun yang pertama bagi bulan Ramadan buat tahun ini.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa Muhammad Afiq Hamdi Mohd Rozi, 9 tahun telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami pendarahan serius di tangan kirinya akibat letupan berkenaan.
Tidak sampai 24 jam insiden pertama terbabit berlaku, mangsa kedua bermain mercun dilaporkan.
Mangsa, Ahmad Zaqwan Saidi, 13 tahun dari Kampung Rusila, Marang, Terengganu terpaksa di hantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut setelah enam jari jarinya melecur akibat daripada mercun yang meletup secara tiba – tiba.
Baru – baru ini juga, seorang buruh cedera di jari telunjuk dan ibu jari ketika ingin membuang mercun jenis bola yang dilempar masuk ke dalam ruang raga motosikalnya yang dilempar oleh kanak – kanak nakal di Kampung Simpangan Tumpat, Kelantan.
Mercun berkenaan kemudiannya melutup secara tiba – tiba, ekoran itu mangsa telah dibawa ke Hospital Tumpat dan menerima rawatan di hospital terbabit sebelum di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang remaja berusia 14 tahun cedera di mata kanan dan beberapa bahagian jari kanannya dalam kejadian di Kampung Panchor, Kelantan.
Mangsa dikatakan bermain mercun yang diubah suai dengan meletaklan kabaid dalam botol air mineral.
Mangsa kini sedang menerima rawatan di HRPZ II dan dilaporkan stabil.
Berdasarkan perkembangan terbaru ini, golongan ibu bapa dan penjaga harus memainkan peranan mereka dengan sentiasa melakukan usaha pemantauan dan pengawasan terhadap gerak geri anak – anak jagaan mereka supaya tidak bermain mercun.
Mereka juga harus mendidik anak – anak mereka mengenai bahaya bermain mercun. Jiran tetangga juga memainkan peranan yang sama penting dengan sentiasa mengambil berat serta mengawasi segala aktiviti yang dibuat oleh golongan kanak – kanak di kawasan mereka.
Tindakkan segera harus diambil sekiranya mereka mengetahui ada kanak – kanak yang melakukan aktiviti yang mengundang bahaya terhadap diri kanak – kanak terbabit.
Pihak penguatkuasa undang – undang yang berkaitan juga harus memainkan peranan mereka dalam menghentikan proses penyeludupan, penjualan serta permainan mercun dalam negara kita.
Agensi penguatkuasaan kerajaan seperti pihak polis dan kastam perlu bertindak lebih tegas dalam membanteras segala aktiviti penyeludupan, penjualan serta permainan mercun ke dalam negara kita.
Terdapat pelbagai jenis peruntukkan undang – undang yang jelas dalam negara kita yang mengawalselia aspek penyeludupan, penjualan serta permainan mercun seperti Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207), Akta Kastam 1967 (Akta 235) serta Akta Kesalahan – Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
Usaha pemantauan juga harus dilakukan terhadap media – media sosial yang dilihat boleh digunakan untuk menjual atau mempromosikan bahan mercun kepada orang ramai terutamanya kepada golongan kanak – kanak.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu melakukan usaha pemantauan terhadap isu terbabit terutamanya menjelang sambutan perayaan hari raya kelak serta mengambil tindakkan tegas terhadap mana – mana pihak yang menyalahgunakan saluran media terbabit.
Kanak – kanak harus didik untuk menghayati bulan ramadan yang penuh berkat ini dengan melakukan program dan aktiviti yang lebih berfaedah daripada sibuk membazir wang saku mereka untuk membeli dan bermain dengan mercun.
Demikianlah Artikel Jangan Sibuk Bazir Duit Beli Dan Main Mercun!
Sekianlah artikel Jangan Sibuk Bazir Duit Beli Dan Main Mercun! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan Sibuk Bazir Duit Beli Dan Main Mercun! dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/jangan-sibuk-bazir-duit-beli-dan-main.html