Judul : Jumlah rumah lelong cecah RM1.8 bilion
link : Jumlah rumah lelong cecah RM1.8 bilion
Jumlah rumah lelong cecah RM1.8 bilion
Gambar hiasan
JUMLAH rumah yang dilelong di seluruh negara pada tiga bulan pertama tahun ini sebanyak 6,225 buah dengan nilaian RM1.8 bilion.
Pengasas AuctionGuru.com.my, Gary Chia berkata, jumlah itu meningkat 14 peratus berbanding pada tempoh sama tahun lalu.
"Punca jumlah rumah yang banyak dilelong disebabkan ramai pemilik tidak mahu meneruskan bayaran pinjaman bank kerana pulangan sewa diperoleh adalah kecil," katanya kepada Nanyang Siang Pau.
Beliau berkata, perangkaan turut menunjukkan Selangor muncul sebagai negeri paling banyak rumah untuk dilelong iaitu 2,272 buah ataupun jumlah nilaian RM784 juta, diikuti Johor dan Perak.
"Berbanding negeri lain, Selangor adalah negeri yang pesat membangun dan mempunyai kawasan penduduk padat.
"Maka tidak hairankan ramai ingin berhijrah ke negeri ini dan menyebabkan jumlah urus niaga hartanah lebih tinggi berbanding negeri lain," katanya.
Gary percaya, akan ada lebih ramai pemilik rumah sedia menyerahkan rumah kepada bank untuk dilelong dalam tempoh setahun ini.
Demikianlah Artikel Jumlah rumah lelong cecah RM1.8 bilion
Sekianlah artikel Jumlah rumah lelong cecah RM1.8 bilion kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jumlah rumah lelong cecah RM1.8 bilion dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/jumlah-rumah-lelong-cecah-rm18-bilion.html