Kaji semula tambakan laut Kuala Kedah

Kaji semula tambakan laut Kuala Kedah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kaji semula tambakan laut Kuala Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kaji semula tambakan laut Kuala Kedah
link : Kaji semula tambakan laut Kuala Kedah

Baca juga


Kaji semula tambakan laut Kuala Kedah



 
Oleh Johari Abdul
 
Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan satu notis arahan pemberhentian sementara projek pembangunan bercampur di atas tapak tebus guna laut “Aman Laut” di Kuala Kedah. 

Tindakan ini diambil selepas pelbagai pihak termasuk penduduk setempat telah membuat aduan berikutan projek pembinaan berdekatan laut itu yang dikhuatiri akan mengancam kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, perkara yang menjadi kemusykilan saya, bagaimanakah projek tambakan laut itu boleh dimulakan sedangkan ia tidak mendapat kebenaran JAS? Adakah projek itu diteruskan oleh pihak-pihak berkepentingan walaupun mengetahui risiko yang bakal dihadapi?

Penduduk negeri Kedah sama sekali tidak menolak pembangunan namun sebaliknya mereka mahu memastikan alam sekitar dan sumber laut terpelihara. Pihak yang terlibat sepatutnya perlu mengambil kira semua kesan dan risiko yang mungkin akan dihadapi oleh penduduk.

Kita khuatir pembangunan tersebut hanya akan memberi kesan negatif kepada hasil laut selain mengubah demografi kawasan sekitar yang dihuni lebih 250 keluarga nelayan.

Sekiranya perkara ini berlaku, amat malang bagi penduduk sekitarnya. Jangan disebabkan ingin mengejar keuntungan, kerajaan negeri sanggup menjejaskan pendapatan atau malah menggadai nyawa rakyat.

Saya ingin mendesak pihak yang bertanggungjawab mengkaji semula kesan aktiviti penambakan laut berkenaan dan perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri Kedah dengan segera mengambil tindakan yang sewajarnya.

Berdasarkan Draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), projek berkeluasan 49.4 hektar itu merupakan projek tebus guna laut dan dijangka akan membentuk sebuah kawasan perbandaran baharu yang menawarkan banglo mewah, kondominium dan pusat membeli-belah.

Walaupun begitu, kelestarian alam sekitar dan keselesaan penduduk setempat mestilah diberi keutamaan dalam apa jua situasi pembangunan yang dirancang.

* Datuk Johari Abdul seorang ahli parlimen PKR.



Demikianlah Artikel Kaji semula tambakan laut Kuala Kedah

Sekianlah artikel Kaji semula tambakan laut Kuala Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kaji semula tambakan laut Kuala Kedah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/kaji-semula-tambakan-laut-kuala-kedah.html

Subscribe to receive free email updates: