Kami dan negara Arab Sunni dalam ‘kapal sama’, kata Israel

Kami dan negara Arab Sunni dalam ‘kapal sama’, kata Israel - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kami dan negara Arab Sunni dalam ‘kapal sama’, kata Israel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kami dan negara Arab Sunni dalam ‘kapal sama’, kata Israel
link : Kami dan negara Arab Sunni dalam ‘kapal sama’, kata Israel

Baca juga


Kami dan negara Arab Sunni dalam ‘kapal sama’, kata Israel

 
Israel mengalu-alukan langkah Arab Saudi dan kuncunya untuk memencilkan Qatar dan menentang Iran.


Moshe


PETALING JAYA: Bekas menteri pertahanan dan ketua turus angkatan tentera Israel mengalu-alukan langkah beberapa kerajaan Teluk memutuskan hubungan dengan Qatar, sambil berkata ia petanda negara Zionis itu kini bersatu hati dengan dunia Arab yang pernah memusuhinya.

“Hari ini, kita menyaksikan tindakan negara Arab terhadap Qatar, yang dilayan sebagai negara penyangak disebabkan hubungannya dengan Iran dan sokongan dan hasutan keganasan,” kata Moshe Ya’alon seperti dipetik akhbar The Jewish Press.

“Kami dan umat Arab, iaitu pihak sama yang berpakat dalam Perang 6 Hari untuk menghancurkan negara Yahudi ini, kini dalam kapal sama.

“Negara Arab Sunni, kecuali Qatar, rata-rata dalam kapal yang sama dengan kami kerana kami menganggap sebuah kuasa nuklear Iran adalah ancaman terhadap kita semua,” katanya ketika berucap pada persidangan anjuran Universiti Tel Aviv, “Perang Yang Mengubah Wajah Negara dan Timur Tengah”.

Persidangan itu mengingati Perang 6 Hari yang menyaksikan tentera Israel dengan mudah menewaskan pakatan tentera Arab diketuai Mesir, dalam tempoh singkat antara 5 dan 10 Jun, 1967.

Minggu ini, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir dan Yaman bertindak memutuskan semua hubungan dengan Qatar, menuduh negara kecil itu membantu pengganas dan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang mengambil alih pemerintahan Mesir sebelum digulingkan tentera pada 2013.

Keputusan itu dipuji Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, yang menyifatkannya membuka lembaran baharu kerjasama Arab-Israel.

Trump gembira

Riyadh yang baru sahaja menjadi tuan rumah kepada Presiden Donald Trump, tidak senang dengan pimpinan tertinggi Qatar yang mempersoalkan pakatan negara Arab menentang Iran.

Trump menghadiri persidangan “anti-keganasan” bersama 50 negara Islam yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Trump berkata beliau berpuas hati dengan langkah memencilkan Saudi, menyifatkan tindakan Saudi itu rentetan daripada ucapannya menyeru negara Arab melawan pengganas Islam.
“Puas hati melihat lawatan ke Arab Saudi bersama Raja Salman dan 50 negara kini berbaloi,” tulisnya dalam Twitter.

Ia merupakan lawatan luar negara pertama presiden Republikan itu, dan dilihat sebagai usaha menyekat pengaruh Iran. Iran ialah negara majoriti Syiah, aliran kedua terbesar dalam Islam yang dilabel sesat oleh agamawan Saudi berfahaman Wahabi.

Sementara itu, Ya’alon dalam ucapannya mengakui kemenangan Israel pada 1967 mustahil diulangi di zaman ini disebabkan ia berdepan dengan musuh seperti Hizbullah, kumpulan bersenjata di Lubnan yang rata-rata dianggotai umat Islam Syiah.

“Kerana apabila kita berperang dengan Hizbullah di Lubnan, Hamas di Gaza atau dengan pengganas bunuh diri, kita tidak boleh mengharapkan kemenangan jelas.

“Dengan jenis ancaman yang kita tangani sekarang, konsep kemenangan sudah berbeza,” katanya.
Pada Julai 2006, Israel melancarkan serangan ke atas Hizbullah di Lubnan tetapi gagal mencapai matlamat membebaskan tawanan perangnya.



Demikianlah Artikel Kami dan negara Arab Sunni dalam ‘kapal sama’, kata Israel

Sekianlah artikel Kami dan negara Arab Sunni dalam ‘kapal sama’, kata Israel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kami dan negara Arab Sunni dalam ‘kapal sama’, kata Israel dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/kami-dan-negara-arab-sunni-dalam-kapal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :