Malaysia bimbang kegagalan DOJ dapatkan kerjasama

Malaysia bimbang kegagalan DOJ dapatkan kerjasama - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia bimbang kegagalan DOJ dapatkan kerjasama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia bimbang kegagalan DOJ dapatkan kerjasama
link : Malaysia bimbang kegagalan DOJ dapatkan kerjasama

Baca juga


Malaysia bimbang kegagalan DOJ dapatkan kerjasama

1MDB

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa bimbang susulan kegagalan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat  untuk mendapatkan kerjasama kerajaan atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung saman sivil terbaru dikemukakan oleh DOJ terhadap pelbagai aset, demikian dinyatakan di sini, hari ini.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, dalam menyatakan perkara itu, juga berkata kerajaan juga bimbang dengan tindakan tidak perlu dan tidak sepatutnya dalam menamakan perkara-perkara tertentu dan individu yang hanya relevan kepada manipulasi politik domestik dan campur tangan.

'Ini menunjukkan wujud motivasi yang melangkaui objektif untuk merampas aset-aset," katanya  dalam kenyataan.

Tengku Sariffuddin berkata, kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh dengan mana-mana penyiasatan yang sah terhadap mana-mana syarikat atau warganegara Malaysia mengikut protokol antarabangsa.

"Pihak berkuasa Malaysia telah melakukan banyak siasatan dan secara menyeluruh  membabitkan 1MDB, termasuk oleh badan bebas dan dwipartisan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, dan didapati tiada perbuatan jenayah.
"1MDB masih lagi disiasat oleh Polis Diraja Malaysia. Jika terdapat bukti berlakunya sebarang salah laku, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya.
Sehingga itu, beliau berkata sebarang dakwaan yang tidak dibuktikan tidak patut diambil kira sebagai fakta.

"Dan kami mengambil perhatian kenyataan akhbar dikeluarkan DOJ, yang menyatakan  "Satu aduan sivil bagi perampasan hanyalah sekadar satu dakwaan bahawa wang atau hartanah ada terlibat atau mewakili hasil daripada jenayah. Dakwaan berkenaan masih belum dibuktikan sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat".

Tengku Sariffuddin berkata, proses kehakiman tidak terikat dengan pihak yang mahu menjadi tajuk utama dan Malaysia berpegang teguh pada pendirian menyokong ketelusan dan urus tadbir baik.

Ini termasuk memastikan tuduhan perlu berasaskan fakta, dan bukannya keburukan yang dicanangkan oleh  lawan politik, katanya.

"Kami yakin keadilan akan terserlah dan Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua agensi antarabangsa yang bersedia berbuat demikian.

"Seperti yang sentiasa ditegaskan oleh Perdana Menteri, jika sebarang salah laku dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," katanya. –Bernama



Demikianlah Artikel Malaysia bimbang kegagalan DOJ dapatkan kerjasama

Sekianlah artikel Malaysia bimbang kegagalan DOJ dapatkan kerjasama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia bimbang kegagalan DOJ dapatkan kerjasama dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/malaysia-bimbang-kegagalan-doj-dapatkan.html

Subscribe to receive free email updates: