Mangsa banjir 2014 sedih sambut raya di rumah transitAN

Mangsa banjir 2014 sedih sambut raya di rumah transitAN - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mangsa banjir 2014 sedih sambut raya di rumah transitAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mangsa banjir 2014 sedih sambut raya di rumah transitAN
link : Mangsa banjir 2014 sedih sambut raya di rumah transitAN

Baca juga


Mangsa banjir 2014 sedih sambut raya di rumah transitAN

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
GUA MUSANG: Aidilfitri kali ini adalah kali ketiga buat 14 keluarga mangsa banjir yang terpaksa menyambutnya di pusat pemindahan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Etnobotani, di sini.
 
Mereka adalah kumpulan terakhir daripada 40 keluarga yang tinggal di kem itu, belum berpindah ke rumah kekal baru (RKB) yang dibina kerajaan kerana kediaman tersebut masih belum siap sepenuhnya dan berada dalam serba kekurangan.
 
Seorang mangsa, Che Harun Che Awang, 70, berkata walaupun rakan-rakan lain telah lama berpindah ke RKB, namun beliau bersama 13 lagi keluarga masih tinggal di kem PLKN yang sukar untuk dikunjungi anggota keluarga dan sahabat handai bagi menyambut hari raya bersama.
 
"RKB yang dijanjikan di Kampung Tanah Puteh di sini dibina Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan setakat ini pembinaan di peringkat akhir," katanya.
 
Che Harun berkata, harapannya agar dapat berpindah ke rumah baharu sebelum Aidilfitri ini terpaksa ditangguhkan kerana kemudahan seperti jalan, bekalan elektrik dan air belum selesai.
 
"Pak cik rindu sangat untuk menyambut hari raya di rumah milik sendiri kerana lebih selesa dan dapat berkumpul anak-beranak lebih ramai.
 
"Sudahlah dua tahun menyambut hari raya di kem ini dan tahun ini sekali lagi terpaksa berdepan dengan perkara sama, nasib pak cik bersama isteri terpaksa tinggal di sini," katanya.
 
Rohayu Mat Lazim, 40, pula berkata beliau tidak banyak membuat persiapan menyambut Adilfitri dan secara ala kadar kerana maklum tempat yang didiami kini bukanlah rumah sendiri dan serba kekurangan.
 
Beliau berkata, jika dapat tinggal di rumah sendiri sudah tentu dapat menyambut hari raya dengan lebih meriah kerana ada kelengkapan rumah.
 
"Waris yang berada di luar juga tidak boleh bermalam bersama di kem itu, maklum saja pusat pemindahan mangsa banjir yang ruangnya sempit," katanya.
 
Sementara itu, ADUN Galas, Ab Aziz Yusof berkata, masih terdapat 14 keluarga yang tinggal di kem PLKN Etnobotani dan berharap mereka bersabar kerana rumah baharu itu sedang disiapkan oleh pihak MAIK.
 
Beliau berkata, mangsa banjir lain semuanya sudah berpindah ke RKB masing-masing tiga bulan lepas termasuk 41 buah RKB yang dibina kerajaan pusat di Kampung Batu Papan Dua di sini.
 
Katanya, selain itu, 30 mangsa banjir ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bandar ini tanpa dikenakan sebarang bayaran.
 
"Memanglah untuk menyelesaikan masalah bantuan rumah kepada mangsa banjir itu mengambil masa kerana membabitkan peruntukan kerajaan, masalah tapak (tanah) dan nasib baik juga ramai mangsa banjir yang menerima rumah yang dibina oleh badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Mangsa banjir 2014 sedih sambut raya di rumah transitAN

Sekianlah artikel Mangsa banjir 2014 sedih sambut raya di rumah transitAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mangsa banjir 2014 sedih sambut raya di rumah transitAN dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/mangsa-banjir-2014-sedih-sambut-raya-di.html

Subscribe to receive free email updates: