Judul : Muhammad Hafiz ada 'motif tertentu', kata Mukhriz
link : Muhammad Hafiz ada 'motif tertentu', kata Mukhriz
Muhammad Hafiz ada 'motif tertentu', kata Mukhriz
Oleh Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Tindakan Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Muhammad Hafiz Azhar yang 'menyerang' kepimpinan parti dikhuatiri mempunyai "motif tertentu".
Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ini kerana isu yang dibangkitkan oleh Muhammad Hafiz adalah sama seperti isu yang digembar-gemburkan oleh Umno.
"Dia bangkitkan isu-isu yang dilontarkan oleh Umno sendiri contohnya dia nak tanya dari mana kekayaan anak-anak Tun Mahathir, dan dia nak tanya jugak kononnya ada skandal melibatkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jadi bila dua soalan itu dilontarkan oleh Hafiz, yang mana kita lihat sebelum ini memang digembar-gemburkan oleh Umno termasuklah Haris Che Mat yang dulunya nak berdebat dengan saya," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Tambah mantan Menteri Besar Kedah itu lagi, beliau mengenali Muhammad Hafiz secara peribadi apabila pemimpin muda itu dahulu kerap mengikuti program-program yang dianjurkan PPBM sebelum menyertai parti itu.
"Sebelum Hafiz menjadi ahli Bersatu (PPBM), dia sendiri pergi mendengar ceramah-ceramah Tun Mahathir, kemudian dia juga datang untuk mendengar ceramah saya, selepas dia mendengar ceramah-ceramah ini dia membuat keputusan untuk menyertai Bersatu.
"Isu-isu yang sekarang dia bangkitkan itu tidak pernah sekalipun disebut (sebelum ini), kalau dia merasakan bahawa ada rasa was-was terhadap integriti Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin, tentunya dia tidak akan menyertai parti.
"Tentunya dia akan bangkitkan perkara-perkara ini sebelum dia masuk parti tapi sekarang ini dia dah (menyertai selama) sembilan bulan parti ini telah wujud, tiba-tiba dia bangkitkan perkara ini yang biasanya dikaitkan dengan tohmahan oleh Umno," katanya lagi.
Hafiz sebelum ini menggesa Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan mengenai kekayaan anak-anaknya yang diperoleh dalam masa yang singkat, dan mahu Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan tuduhan skandalnya dengan seorang wanita yang sehingga kini dakwanya masih belum terjawab.
Hafiz juga berkata cubaannya untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkannya itu daripada kepimpinan yang lain, sering kali tidak dilayan.
Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam reaksinya terhadap kritikan itu beberapa hari lalu menafikan dakwaan Hafiz malah mahu merujuk tindakan mereka yang berkenaan kepada Lembaga Disiplin parti.
Menurut Syed Saddiq, pelbagai forum diadakan bagi memberi peluang ahli parti mengajukan soalan namun tidak ada satu pun yang dihadiri Muhammad Hafiz.
Ditanya mengenai tindakan Armada yang mahu membawa isu ke lembaga disiplin, Mukhriz enggan mengulas lanjut kerana ia adalah tindakan sayap berkenaan, selain lembaga itu baru ditubuhkan.
Demikianlah Artikel Muhammad Hafiz ada 'motif tertentu', kata Mukhriz
Sekianlah artikel Muhammad Hafiz ada 'motif tertentu', kata Mukhriz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Muhammad Hafiz ada 'motif tertentu', kata Mukhriz dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/muhammad-hafiz-ada-motif-tertentu-kata.html