Pegawai 'peras ugut', SPRM sedia kerjasama dengan polis

Pegawai 'peras ugut', SPRM sedia kerjasama dengan polis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai 'peras ugut', SPRM sedia kerjasama dengan polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai 'peras ugut', SPRM sedia kerjasama dengan polis
link : Pegawai 'peras ugut', SPRM sedia kerjasama dengan polis

Baca juga


Pegawai 'peras ugut', SPRM sedia kerjasama dengan polis

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penahanan seorang pegawainya kerana disyaki meminta wang dari anggota polis.
 
SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan kesalahan pegawai terbabit yang dilakukan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
 
"Perbuatan seumpama itu sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip undang-undang dan Perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang diamanahkan," kata agensi itu dalam satu kenyataan hari ini.
 
Justeru, SPRM mengalu-alukan tindakan tegas pihak polis dalam melaksanakan penahanan itu dan tidak akan mencampuri siasatan yang dijalankan.
 
Ekoran kejadian tersebut, katanya SPRM akan melakukan pemeriksaan dalaman yang tegas terhadap semua pegawai bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.
 
"Pendirian SPRM tidak akan berganjak walaupun seinci sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM," katanya.
 
Terdahulu,pegawai yang berusia 38 tahun dan bertugas di Unit Risikan SPRM Putrajaya (Zon Utara) itu ditahan malam tadi, selepas melakukan pemerasan menggunakan maklumat SPRM untuk mendapatkan wang daripada pegawai polis Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7). 
 
Tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Cawangan D7 di sebuah restoran di Machang Bubok, selepas dia memperoleh wang RM3,000 daripada mangsa. 
 
Suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
 
 


Demikianlah Artikel Pegawai 'peras ugut', SPRM sedia kerjasama dengan polis

Sekianlah artikel Pegawai 'peras ugut', SPRM sedia kerjasama dengan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pegawai 'peras ugut', SPRM sedia kerjasama dengan polis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/pegawai-peras-ugut-sprm-sedia-kerjasama.html

Subscribe to receive free email updates: