Pegawai PM cabar Kit Siang minta ‘Penang Official 1’ berundur - Hallo sahabat
Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai PM cabar Kit Siang minta ‘Penang Official 1’ berundur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Berita Berita,
Artikel Berita dini hari,
Artikel Berita hangat,
Artikel Berita harga,
Artikel Berita hari ini,
Artikel Berita islam,
Artikel Berita jalanan,
Artikel Berita kemarin,
Artikel Berita malam ini,
Artikel Berita politik,
Artikel Berita terbaru,
Artikel Berita war,
Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Pegawai PM cabar Kit Siang minta ‘Penang Official 1’ berundurlink :
Pegawai PM cabar Kit Siang minta ‘Penang Official 1’ berundur
Pegawai PM cabar Kit Siang minta ‘Penang Official 1’ berundur

DETIK DAILY
PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru Lim Kit Siang meminta anaknya, Guan Eng, meletakkan jawatan ketua menteri Pulau Pinang berikutan kes rasuah yang dilancarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menggelar Lim Guan Eng “Penang Official 1”, Setiausaha Akhbar Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad memberitahu Kit Siang yang rakyat akan mengambil serius desakannya terhadap kerajaan persekutuan jika pemimpin DAP itu juga melakukan perkara sama.
Beliau juga meminta Kit Siang untuk tidak menggunakan isu lain untuk mengalihkan perhatian dari skandal dagangan mata wang asing Bank Negara Malaysia yang berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sebaliknya, beliau patut mendedahkan salahlaku Dr Mahathir dalam perkara itu, yang didakwa membawa kepada kerugian AS$10 bilion wang rakyat,” kata Sariffuddin dalam kenyataan hari ini.
“Selepas berdekad menyeru penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kebisuan Kit Siang dalam isu ini dan kerjasamanya dengan Dr Mahathir yang pernah memenjarakan beliau – semua demi kepentingan politik – mendedahkan sifat lelaki itu, ketiadaan prinsip dan integriti, dan kemahuannya untuk berkuasa di Malaysia,” tambah beliau.
Pada 21 Jun, Kabinet bersetuju menubuhkan RCI untuk menyiasat kerugian yang ditanggung Bank Negara akibat dagangan forex pada 1990-an.
Keputusan dibuat selepas laporan pasukan petugas khas yang ditubuhkan awal tahun ini mendapati ada bukti secukupnya yang mewajarkan siasatan lanjut ke atas perkara itu.
Awal hari ini, Kit Siang bertanyakan sama ada “isteri Malaysian Official 1” akan mencontohi selebriti Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr yang menyerahkan aset didakwa berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
DoJ mengambil tindakan undang-undang di AS untuk menyita aset yang didakwa dibeli dengan dana yang digelapkan dari 1MDB.
Tengku Sariffuddin bertanya adakah kenyataan Kit Siang itu untuk swadiri dan tidak boleh dipercayai.
“Zaman sekarang rakyat tidak menghormati diktator, sama ada mengaku seperti Dr Mahathir atau yang dalam penafian seperti Kit Siang,” katanya.
Beliau menambah Kit Siang perlu berhenti menyembunyikan hakikat DAP memiliki kerusi pembangkang terbanyak di Parlimen maka parti itu membuat keputusan “di belakang tabir”.
“Memandangkan DAP jelas sekali ketua pembangkang, rakyat mahu tahu siapa yang akan Kit Siang calonkan sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pilihan raya akan datang,” kata Tengku Sariffuddin.
“Kit Siang mesti berterus-terang siapa pilihannya, kerana rakyat berhak tahu siapa yang akan perintah mereka jika mereka undi pembangkang.”
Tengku Sariffuddin menambah kerajaan pimpinan Kit Siang dan DAP akan membawa bencana kepada Malaysia dan rakyat.
Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng didakwa menggunakan pejabat awamnya atau kedudukannya untuk memperoleh kepentingan untuk dirinya dan isteri, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan perumahan pada mesyuarat exco kerajaan negeri 18 Julai 2014.
Beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.
Guan Eng, who is also DAP secretary-general, was also alleged to have used his position to obtain gratification by purchasing a bungalow from businesswoman Phang Li Koon for RM2.8 million, below the property’s market value of RM4.7 million on July 28, 2015.
Guan Eng dan Phang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Demikianlah Artikel Pegawai PM cabar Kit Siang minta ‘Penang Official 1’ berundur
Sekianlah artikel Pegawai PM cabar Kit Siang minta ‘Penang Official 1’ berundur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pegawai PM cabar Kit Siang minta ‘Penang Official 1’ berundur dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/pegawai-pm-cabar-kit-siang-minta-penang.html
Related Posts :
Jumlah banduan melebihi kapasiti penjara 21 November 2016 KDN Kementerian Dalam Negeri KUALA LUMPUR - Jumlah banduan di penjara seluruh Malaysia melebihi 6,292 orang daripada kapasiti yang mampu ditampung Jabatan Penjara iaitu seramai 45,310 orang. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini berkata sehingga 4 Oktober 2016, jumlah banduan yang berada di penjara adalah 51,602 orang. Menurut kementerian, antara tindakan yang diambil Jabatan Penjara bagi menangani situasi itu adalah memindahkan banduan daripada penjara yang sesak ke penjara tidak sesak serta mengubahsuai penjara sedia ada bagi menampung kapasiti banduan yang semakin meningkat. Kementerian itu menjawab pertanyaan N Surendran (PKR-Padang Serai) berhubung jumlah terkini banduan dalam penjara di seluruh negara. Kementerian itu berkata, Jabatan Penjara turut menggiatkan pelaksanaan Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib dan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang melibatkan 38,391 banduan menjalani pemulihan di luar penjara. "Keberkesanan pemulihan dan latihan bagi mengurangkan kemasukan semula banduan ke penjara selepas dibebaskan juga dipertingkatkan," menurut KDN. - BernamaSINAR HARIAN
Kementerian Dalam Negeri
KUALA LUMPUR - Jumlah banduan di penjara seluruh Malaysia melebihi 6,292 orang daripada kapasit… Read More...
Perak Pertimbang Pakej Poligami… Read More...
Guna pengangkutan awam elak kemalangan jalan raya ATIRAH HASLI 21 November 2016 Guna pengangkutan awam elak kemalangan jalan raya SHAH ALAM - Penggunaan pengangkutan awam adalah salah satu cara untuk mengurangkan jumlah kemalangan dan kenderaan di jalan raya. Kata wakil Jabatan Kesihatan Kemasyarakatan, Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani, mana-mana negara yang menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti tren, angka kematian dalam kemalangan jalan raya di negara tersebut akan menjadi rendah. "Masalah utama negara kita adalah bilangan penduduk dan bilangan kenderaan yang berdampak. "Bilangan penduduk 30 juta dan bilangan kenderaan kita ada 20 juta. Pertumbuhan penduduk hanya 2 peratus manakala pertumbuhan kenderaan sebanyak 6 peratus. "Ini menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai lebih kurang dua kenderaan," katanya menerusi Wacana Sinar Harian Siri ke-43: ‘Pusara di Jalan Raya: Sampai Bila?' di sini, hari ini. Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya tertinggi di dunia tahun lepas. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi pada 19 November lalu berkata, ini berikutan terdapat 2.55 kematian dicatatkan bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di negara ini sepanjang tempoh itu. Beliau berkata angka itu dianggap tinggi berbanding negara maju seperti United Kingdom, Sweden dan Australia yang hanya merekodkan kurang daripada dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di negara berkenaan. [ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia antara negara tertinggi kemalangan di dunia] Ujar Kulanthayan lagi, sekiranya pendidikan dan pencegahan boleh disasarkan terhadap kanak-kanak, angka kematian dalam kemalangan jalan raya mungkin boleh dikurangkan. "Sekiranya pendidikan kesedaran diberikan lebih awal, kanak-kanak akan lebih memahami bahaya dan sedar risiko kemalangan jalan raya. "Ini juga boleh memberi kesedaran kepada ibu bapa. Pendidikannya terhadap kanak-kanak, sasarannya adalah ibu bapa," katanya lagi
ATIRAH HASLI
SHAH ALAM - Penggunaan pengangkutan awam adalah salah satu cara untuk mengurangkan jumlah kemalangan dan ke… Read More...
Begitulah negara ini, bila para demokrat dipenjara...
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Wan Azizah
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengecam penah… Read More...
Alat Penimbang Digital RM800 Jadi RM8,000?… Read More...