Peguam Negara kesal saman sivil terbaru DoJ, sindiran PM lakukan jenayah

Peguam Negara kesal saman sivil terbaru DoJ, sindiran PM lakukan jenayah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam Negara kesal saman sivil terbaru DoJ, sindiran PM lakukan jenayah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam Negara kesal saman sivil terbaru DoJ, sindiran PM lakukan jenayah
link : Peguam Negara kesal saman sivil terbaru DoJ, sindiran PM lakukan jenayah

Baca juga


Peguam Negara kesal saman sivil terbaru DoJ, sindiran PM lakukan jenayah

MALAYSIA DATELINE

Mohamed Apandi Ali
  
Jabatan Peguam Negara kesal dengan saman sivil terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan dana syarikat pelaburan negara, 1MDB dan sindiran terhadap perdana menteri yang didakwa terlibat dalam salah laku  jenayah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini,Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali  mengambil maklum tentang tindakan undang-undang terbaru yang diambil DoJ dan menyedari ia diambil setahun selepas tindakan undang-undang serupa dibuat jabatan terbabit.

"Kami melahirkan kekecewaan kerana sekali lagi Jabatan Peguam Negara tidak dimaklumkan oleh DoJ tentang tindakan ini," kata beliau.

Menurut Apandi, tiada sebarang bukti daripada siasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasa undang-undang negara ini yang menunjukkan bahawa dana telah diselewengkan daripada 1MDB.

Malah katanya, tiada sebarang dakwaan dikenakan terhadap mana-mana individu berhubung penyelewengan dana bersumberkan 1MDB.

Beliau menambah, sebagai sebuah syarikat berpangkalan di Malaysia, 1MDB telah melalui beberapa siasatan termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).

"Sehingga kini siasatan terus dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung (dakwaan penyelewengan dana) 1MDB," jelas beliau.

Sehubungan itu katanya, Pejabat Peguam Negara melahirkan keprihatinan yang tinggi terhadap sindiran (insinuations) terhadap perdana menteri berhubung salahlaku jenayah.
Menurutnya, tiada sebarang keterangan dalam tuntutan sivil DoJ yang menyebut perdana menteri dinamakan sebagai defendan ataupun didakwa melakukan sebarang kesalahan jenayah.
Menurut Apandi, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang permintaan daripada DoJ untuk memperolehi sebarang maklumat atau bukti.

"Bagaimanapun kami mengalu-alukan sebarang permintaan selaras dengan komitmen kami terhadap kerjasama antarabangsa dan usaha membanteras pengubahan wang haram," tegas beliau.

Apandi juga mengulangi janji sebelum ini untuk tidak teragak-agak memulakan tindakan undang-undang terhadap pelaku jenayah jika terdapat bukti yang mencukupi untuk berbuat demikian.

"Setiap kesalahan akan dihukum dan Malaysia sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, DoJ bertindak untuk merampas USD540 juta (RM2.3 bilion) aset yang didakwa dibeli dengan wang dicuri daripada dana pelaburan 1MDB.

Kali ini, aset yang bakal dirampas termasuk kapal layar bernilai USD165 juta, Equanimity yang dimiliki Jho Low, dan hak kepada filem komedi "Dumb and Dumber To".

"Aduan hari ini mendedahkan satu lagi bab daripada banyak tahun, skim penipuan berbilion dolar, menjadikan jumlah yang dicuri dikenal pasti sebanyak USD4.5 bilion," kata pemangku penolong peguam negara Amerika Syarikat, Kenneth Blanco.

"Wang ini membiayai gaya hidup mewah yang didakwa menjadi konspirator bersama bagi segala perbelanjaan dan kerugian rakyat Malaysia," tambahnya.

Dokumen mahkamah yang difailkan pendakwa persekutuan di Los Angeles, menyebut pada 2014, ahli perniagaan Malaysia Jho Low mencuri USD850 juta daripada dana yang dipinjam daripada sindiket bank, kononnya bertujuan membayar semula bon yang diterbitkan dalam fasa sebelum skim penyelewengan itu.

Bagaimanapun, wang itu dibelanjakan untuk membeli Equanimity.

Konspirator juga membeli USD3.2 juta karya Picasso dan USD9.2 juta Basquiat, namun Low menafikan sebarang salah laku.

Ini susulan saman rampasan aset awam tahun lepas terhadap aset bernilai USD1 bilion milik Low yang didakwa DoJ.

Beberapa hartanah yang dimiliki Low juga disita.

Pendedahan ini menyebabkan siasatan antarabangsa dilancarkan terhadap 1MDB dan anak syarikatnya di Switzerland dan Singapura.
Singapura bertindak menutup dua cawangan Swiss – Falcon dan BSI – kerana pengubahan wang haram yang didakwa dicuri daripada 1MDB, dan mengenakan denda UBS dan DBS kerana melanggar undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.
Lima bekas kakitangan bank di Singapura  didenda dan dipenjarakan berhubung peranan mereka dalam pergerakan haram dana 1MDB.

Di Switzerland, Coutts Bank juga didenda kerana dana haram dikaitkan dengan 1MDB.

DoJ mencipta sejarah pada Julai tahun lalu apabila memfailkan rampasan kira-kira USD1 bilion aset didakwa dicuri daripada 1MDB.

Ia adalah kes terbesar di bawah inisiatif pemulihan aset kleptokrasi, dan rekod bertambah dengan rampasan lebih USD540 juta aset dengan saman terhadap 1MDB semalam.



Demikianlah Artikel Peguam Negara kesal saman sivil terbaru DoJ, sindiran PM lakukan jenayah

Sekianlah artikel Peguam Negara kesal saman sivil terbaru DoJ, sindiran PM lakukan jenayah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam Negara kesal saman sivil terbaru DoJ, sindiran PM lakukan jenayah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/peguam-negara-kesal-saman-sivil-terbaru_15.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :