Pengarah Kemas Didakwa Rasuah RM160,000 Bekal Barang Tadika

Pengarah Kemas Didakwa Rasuah RM160,000 Bekal Barang Tadika - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengarah Kemas Didakwa Rasuah RM160,000 Bekal Barang Tadika, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengarah Kemas Didakwa Rasuah RM160,000 Bekal Barang Tadika
link : Pengarah Kemas Didakwa Rasuah RM160,000 Bekal Barang Tadika

Baca juga


Pengarah Kemas Didakwa Rasuah RM160,000 Bekal Barang Tadika

Alor Setar - Pengarah Pembangunan Komuniti, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Putrajaya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua tuduhan menerima rasuah kontrak pembekalan Tabika dan Taska bernilai RM159,053.22.

Tertuduh, Mohd Adnan Md Daud, 54, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu sejurus ia dibacakan di depan Hakim Azman Abu Hassan dan memohon untuk dibicarakan.

Tuduhan pertama, Mohd Adnan dituduh memperoleh rasuah RM73,000 daripada Sah Hizam Halim sebagai upah membekal susu tepung fasa tiga Tabika/Taska PERMATA kepada Syarikat Perniagaan Naluri Pertama dan membekal serbuk malt coklat Tabika/Taska PERMATA kepada Syarikat Alpha Elite Resources.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Alor Setar, di sini, pada 14 Disember 2016.

Bagi tuduhan kedua, Mohd Adnan dituduh menerima rasuah RM86,053.22 daripada individu sama sebagai upah membabitkan kontrak pembekalan pelbagai barangan seperti biskut krim, makanan tambahan susu tepung dan bijirin kepada lima syarikat yang semuanya dimiliki dan dalam kawalan Sah Nizam.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Alor Setar, di sini, pada 7 Januari 2015.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, Mohd Adnan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hadi Ahmad.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dan menetapkan 31 Julai ini sebutan semula kes.


Demikianlah Artikel Pengarah Kemas Didakwa Rasuah RM160,000 Bekal Barang Tadika

Sekianlah artikel Pengarah Kemas Didakwa Rasuah RM160,000 Bekal Barang Tadika kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengarah Kemas Didakwa Rasuah RM160,000 Bekal Barang Tadika dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/pengarah-kemas-didakwa-rasuah-rm160000_19.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :