Pentadbiran Najib Razak terus tekan rakyat - Hallo sahabat
Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pentadbiran Najib Razak terus tekan rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Berita Berita,
Artikel Berita dini hari,
Artikel Berita hangat,
Artikel Berita harga,
Artikel Berita hari ini,
Artikel Berita islam,
Artikel Berita jalanan,
Artikel Berita kemarin,
Artikel Berita malam ini,
Artikel Berita politik,
Artikel Berita terbaru,
Artikel Berita war,
Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Pentadbiran Najib Razak terus tekan rakyatlink :
Pentadbiran Najib Razak terus tekan rakyat
Pentadbiran Najib Razak terus tekan rakyat
OLEH LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM: Majoriti isi rumah miskin bandar amat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup dan bebanan hutang yang terpaksa ditanggung, kata Rodziah Ismail.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga itu berkata, kenyataan itu jelas disokong kenyataan Pakar Perancang Pembangunan Bandar, Ng Mun Yen yang mendakwa kos sara hidup tinggi sebagai faktor penghijrahan warga Kuala Lumpur ke Selangor.
Katanya, Kerajaan Umno BN sepatutunya bertindak dengan menyediakan bantuan kepada rakyat secara lebih komprehensif dan holistik.
“Bukannya hanya bergantung dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja.
“Apa yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan Umno BN dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyatnya? Contohilah Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan.
Rodziah berkata, Kerajaan Pakatan Harapan jelas berupaya untuk mentadbir negeri dan mengurus ekonomi dengan berkesan berteraskan prinsip kewangan yang berhemah, tatakelola yang baik dan prinsip ‘value for money’.
“Yang menjadi permasalahan buat rakyat negara ini ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan sepatutnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan kerana Pakatan Harapan ada alternatifnya.
“Antaranya dengan membanteras rasuah dan kurangkan ketirisan, mengurangkan faedah hutang dan memperkenalkan cukai keuntungan.
“Tatakelola baik dan kecekapan pengurusan ekonomi serta masa hadapan rakyat yang terjamin adalah bergantung kepada kerajaan amanah serta sentiasa memberikan keadilan untuk rakyatnya,” katanya.
Semalam, Mun Yen berkata ramai penduduk Kuala Lumpur beranggapan ibu kota itu sudah tidak lagi sesuai untuk diduduki dan lebih suka tinggal di kawasan pinggir seperti di Selangor.
Terdahulu, kajian migrasi Jabatan Perangkaan 2016 menunjukkan Selangor sebagai negeri utama penerima migran, manakala negeri utama penghantar migran ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.=EZY=
Demikianlah Artikel Pentadbiran Najib Razak terus tekan rakyat
Sekianlah artikel Pentadbiran Najib Razak terus tekan rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pentadbiran Najib Razak terus tekan rakyat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/pentadbiran-najib-razak-terus-tekan.html
Related Posts :
Militan dalangi serangan bom di kampung Duterte dikepungAHAD, 27 NOVEMBER 2016 @ 8:48 AM
JURUCAKAP tentera Filipina, Brigadier Jeneral Restituto Padilla.
MANILA: Kira-kira 100 mili… Read More...
Tentera Filipina serang militan sokong Daesh di MindanaoISNIN, 28 NOVEMBER 2016 @ 7:46 AM
TENTERA Filipina melancarkan serangan terhadap kedudukan militan di selatan Filipina. - AFP
BUT… Read More...
Bertentang mata dengan Mona Fandey FARUSH KHAN 30 November 2016 Mona Fandey Mona Fandey. PADA hari pertama Mona Fandey bersama dua orang lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub, Pahang, pada awal 1993, atas tuduhan membunuh, saya bergerak jam 6.30 pagi dari Kuala Lumpur, untuk membuat liputan kes itu. Sepanjang jalan sejauh 107 kilometer itu, seribu satu soalan bermain dalam fikiran tentang kes paling ngeri yang pernah berlaku di negara ini. Lega rasanya apabila saya dapati kerusi wartawan di galeri awam mahkamah masih kosong semasa saya tiba. Jam 9 pagi lagi saya sudah mengambil tempat betul-betul di belakang kandang tertuduh, tempat paling strategik untuk tidak terlepas daripada apa sahaja yang akan disebut dalam perbicaraan. Rupa-rupanya kes Mona Fandey berlangsung sebelah petang. Sebelah pagi mahkamah mendengar kes lain; kes pembunuhan juga. Mangsanya seorang penjual karpet warga asing yang didakwa ditanam selepas dibunuh akibat cemburu. Apabila Mona Fandey, suaminya Mohd Nor Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka, Juraimi Hussein dibawa keluar dari kenderaan polis di depan mahkamah, petang itu, suasana jadi kecoh. Orang ramai berkerumun di sekitar mahkamah. Ramai memandang mereka. Ada bercakap sesama sendiri, tetapi ada juga yang jerit marah-marah. Peliknya, sama ada di luar mahkamah atau di kandang tertuduh, Mona Fandey tidak kelihatan seperti orang berhadapan dengan kes yang begitu berat hukumannya. Sekejap-sekejap dia bercakap dengan suaminya, melihat orang sekelilingnya, bahkan mampu tersenyum. Juraimi sahaja lebih banyak diam. Saya tidak boleh lupa dengan reaksi saya sendiri berhadapan dengan keadaan di mahkamah petang itu. Setiap kali Mona Fandey menoleh ke belakang, saya akan larikan pandangan atau turut toleh ke belakang. Saya berada hanya sedepa di belakangnya dan saya kira setiap kali dia menoleh ke belakang, sayalah orang pertama yang mencuri pandangannya. Barangkali saya tidak berani bertentang mata dengan wanita yang berhadapan dengan kes yang mengerikan itu hingga menggemparkan seluruh negara. Ketika tuduhan dibaca, barulah kelihatan Mona Fandey berdiam diri. Seluruh ruang mahkamah turut senyap sunyi. Itu adalah hari pertama kes itu dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub. Perbicaraan ditangguhkan, selepas pihak mahkamah mencatat butir-butir berkaitan penahanan mereka yang dituduh, barang-barang bukti dan jadual untuk perbicaraan selanjutnya. Sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari mahkamah, keadaan riuh-rendah bermula kembali, tetapi sikap mereka, terutama Mona Fandey, bersahaja. Seperti ketika tiba dan berada di kandang tertuduh, Mona Fandey, walaupun dengan tangan bergari dan dikawal ketat anggota polis. masih mampu tersenyum dan seolah-olah bergaya di hadapan jurugambar. Petang itu dia berpakaian baju hitam berbunga terang dan berseluar, pakaian yang nampak lebih sesuai untuk seorang artis. Bahkan Mona Fandey, yang pada suatu masa pernah menjadi penyanyi, dikatakan pernah menyebut di luar mahkamah: “Macam ramai pula peminat”, setelah nampak ramai yang berkerumun. Selesai sahaja perbicaraan itu, saya bergegas ke rumah rehat yang tidak jauh dari situ, menaip berita di komputer riba dan menghantar laporan ke ibu pejabat. Laporan dan gambar kes Mona Fandey itu disiarkan di muka depan hampir semua akhbar tempatan. Kes pembunuhan kejam itu seterusnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh yang diliputi oleh wartawan mahkamah. Bersama Mohd Nor Affandi, 45, dan Juraimi, 32, Mona Fandey, 46, dihukum gantung sampai mati pada pagi 2 November 2001 pada usia 45, di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Temerloh, pada 1995, memutuskan mereka bersalah membunuh Adun Batu Talam, Raub, Pahang, Datuk Mazlan Idris, di sebuah rumah di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, pada 1993. Kes itu merupakan satu daripada perbicaraan juri yang terakhir di Malaysia. Sifat sensasi kes berkenaan menyumbang ke arah keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan sistem juri dan semua perbicaraan pihak juri telah dimansuhkan pada 1 Januari, 1995.
FARUSH KHAN
Mona Fandey.
PADA hari pertama Mona Fandey bersama dua orang lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub… Read More...
Allah Tentukan Tempat Kita SemuaA Kadir Jasin
CATATAN ringkas jarak jauh dari Bandar kecil Wanganui, New Zealand.
Membaca dari Internet, saya mendapat perkhabaran … Read More...
Jangan perkotak-katikkan jasa Tun M
ROSLINDA HASHIM
Rais Yatim
ALOR SETAR - Jasa Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap negara sepanjang 22 tahun mentadbir tida… Read More...