PM: Dekoder TV digital percuma untuk penerima BR1M

PM: Dekoder TV digital percuma untuk penerima BR1M - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM: Dekoder TV digital percuma untuk penerima BR1M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM: Dekoder TV digital percuma untuk penerima BR1M
link : PM: Dekoder TV digital percuma untuk penerima BR1M

Baca juga


PM: Dekoder TV digital percuma untuk penerima BR1M


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan dekoder percuma bagi siaran TV digital yang baru dilancarkan bernilai RM199 kepada 4.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Pada majlis pelancaran perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) myFreeview malam ini, Najib berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asean menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya.

"Berbanding negara-negara maju serta tetangga di Asean, Malaysia merupakan satu-satu negara yang mengambil pendekatan menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya, terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan," kata Najib.

Sehubungan itu, Najib mengumumkan 4.2 juta dekoder percuma untuk diagihkan. Jumlah itu merangkumi 2.2 juta set dekoder percuma sumbangan kerajaan sebagai tambahan kepada dua juta set dekoder yang diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd, yang mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian DTT.

MyFreeview adalah projek diterajui Kementerian komunikasi dan multimedia dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan televisyen dan siaran radio digital secara percuma.

Pengguna boleh membeli dekoder berkenaan daripada peruncit elektronik di seluruh negara.

Lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia telah memulakan perubahan dari televisyen analog kepada siaran digital sejak tahun 2007.

Manakala negara-negara Asean mensasarkan untuk menghentikan televisyen analog antara tahun 2015 hingga 2020, katanya.

Menurut Najib, Malaysia menetapkan untuk menghentikan siaran televisyen analog pada Jun 2018.
Beliau menjangka 98 peratus daripada penduduk akan mempunyai akses kepada perkhidmatan myFreeview pada suku terakhir 2017.

Penonton akan dapat mengakses sembilan stesen percuma iaitu TV1, TV2, TVi, TV AlHijrah, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel, serta tambahan empat stesen radio RTM.

Najib berkata lebih banyak saluran akan ditambah kepada perkhidmatan DTTV pada masa depan.




Demikianlah Artikel PM: Dekoder TV digital percuma untuk penerima BR1M

Sekianlah artikel PM: Dekoder TV digital percuma untuk penerima BR1M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM: Dekoder TV digital percuma untuk penerima BR1M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/pm-dekoder-tv-digital-percuma-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :