Pukul Wanita Dengan Besi, Pelakon Terkenal Didenda RM4,000

Pukul Wanita Dengan Besi, Pelakon Terkenal Didenda RM4,000 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pukul Wanita Dengan Besi, Pelakon Terkenal Didenda RM4,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pukul Wanita Dengan Besi, Pelakon Terkenal Didenda RM4,000
link : Pukul Wanita Dengan Besi, Pelakon Terkenal Didenda RM4,000

Baca juga


Pukul Wanita Dengan Besi, Pelakon Terkenal Didenda RM4,000

Pelakon popular Lydiawati didenda RM4,000 atau 14 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana mencederakan seorang peniaga wanita warga Brunei pada Mac tahun lepas.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salina Zaimon yang terkenal dengan filem ''Suami, Isteri dan ...'' selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah bagi pertuduhan itu.

Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, dengan memukul mangsa menggunakan besi di sebuah hotel di Ampang pada 6.30 petang, 24 Mac tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Terdahulu, Lydiawati yang diwakili peguam, Fatimah Zahrah Ramli, merayu kepada mahkamah supaya anak guamnya dikenakan hukuman denda yang ringan dengan alasan wanita itu adalah ibu tunggal dua anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Bagaimanapun,Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

"Mahkamah perlu memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak meletakkan undang-undang di tangan sendiri," katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian ketika mangsa berada di tempat kejadian, beliau didatangi Lydiawati yang secara tiba-tiba memukulnya dengan sebatang besi sehingga menyebabkan mangsa patah jari kelingking serta cedera dengan kesan lebam dan luka di tangan kanan.

Pada 25 Mac tahun lepas, Lydiawati memuat naik dua video menunjukkan dirinya memukul seorang wanita dalam akaun Facebook miliknya sehingga menjadi tular.


Demikianlah Artikel Pukul Wanita Dengan Besi, Pelakon Terkenal Didenda RM4,000

Sekianlah artikel Pukul Wanita Dengan Besi, Pelakon Terkenal Didenda RM4,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pukul Wanita Dengan Besi, Pelakon Terkenal Didenda RM4,000 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/pukul-wanita-dengan-besi-pelakon_10.html

Subscribe to receive free email updates: