‘Risau batu hempap kepala’

‘Risau batu hempap kepala’ - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Risau batu hempap kepala’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Risau batu hempap kepala’
link : ‘Risau batu hempap kepala’

Baca juga


‘Risau batu hempap kepala’


‘Risau batu hempap kepala’
 
 
Penduduk harap isu keselamatan berhampiran tapak projek pembinaan dapat perhatian pihak bertanggungjawab demi manfaat bersama.
 
AMPANG – Penduduk di sekitar kawasan taman rekreasi di sini menggesa pihak bertanggungjawab mempertingkatkan aspek keselamatan di tapak projek pembinaan bangunan berhampiran tempat riadah mereka.

Hal itu berikutan penduduk di kawasan berdekatan mendakwa diancam besi, batu dan kayu yang jatuh daripada bangunan yang sedang dalam pembinaan terbabit.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Jenny berkata, penduduk sentiasa menjalankan aktiviti riadah berhampiran tapak projek ini setiap pagi dan petang.

“Kami khuatir kalau leka beriadah tiba-tiba ada batu jatuh hempap kepala. Jadi kami bimbang keselamatan terjejas,” katanya.

Menurutnya, penduduk juga mendakwa kontraktor tetap meneruskan kerja sehingga lewat malam.
“Bunyi bising dari tapak projek boleh mengganggu ketenteraman awam ketika penduduk mahu tidur,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali membangkitkan isu penduduk yang terpaksa berhadapan dengan kesesakan apabila kenderaan khususnya lori yang datang ke tapak projek diletakkan di tepi jalan.

“Pintu masuk ke tapak projek ini berada di selekoh jalan, saya nyaris kemalangan sebab tak nampak kenderaan yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Gerakan, Ben Liew Pok Boon pihaknya akan menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) agar dapat memantau kerja-kerja di tapak projek berkenaan.

“Saya juga akan mengadakan perbincangan dengan pengurus projek berkenaan bagi mengatasi masalah yang dibangkitkan penduduk,” katanya.

Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad pula berkata, pihaknya akan menyiasat aduan yang dibangkitkan penduduk.

“Kami ada menerima laporan keselamatan tapak setiap bulan, jabatan berkaitan akan mengarahkan pemaju untuk tindakan segera isu tersebut,” katanya.

Katanya, berhubung isu lori parkir di susur jalan pula, tindakan penguatkuasaan berkala akan dilakukan bersama jabatan penguat kuasa.

“MPAJ juga akan berjumpa pemaju untuk membincangkan masalah yang dibangkitkan oleh penduduk Khamis ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.



Demikianlah Artikel ‘Risau batu hempap kepala’

Sekianlah artikel ‘Risau batu hempap kepala’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Risau batu hempap kepala’ dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/risau-batu-hempap-kepala.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :