Judul : Rundingan semula PKR-wakil Kelantan diharap positif - Fattah
link : Rundingan semula PKR-wakil Kelantan diharap positif - Fattah
Rundingan semula PKR-wakil Kelantan diharap positif - Fattah
Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: PAS Kelantan berharap rundingan semula PKR di peringkat Pusat berhubung kedudukan wakilnya di Kelantan akan mencapai hasil yang positif.
Exco Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmod berkata PAS Kelantan masih membuka tawaran untuk kesemua wakil PKR di negeri itu mengekalkan jawatan yang disandang mereka hingga tamat penggal ini.
"Seperti dalam kenyataan awal saya, ahli PKR yang dilantik itu paling tidak pun biarlah mereka tinggal di situ sehingga PRU14.
"Supaya persefahaman kita, kemenangan kita secara bersama dulu kita dapat laksanakan tanggungjawab yang telah diberi sehingga PRU14, kalau tak nak sampai PRU14 pun tunggu sampai hujung tahun," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan PKR Pusat yang terpaksa membincangkan semula mengenai kedudukan wakilnya di Kelantan selepas mereka dikatakan enggan berundur.
PKR sebelum itu membuat arahan agar kesemua wakilnya di Kelantan melepaskan jawatan masing-masing serta merta, sebagai respon kepada tindakan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan partinya.
Fattah yang memegang portfolio Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan berkata PKR harus memikirkan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri sepertimana yang dipersetujui di Selangor.
"Kita harap keputusan yang baru nak dibuat tu kita minta agar lebih menjurus kepada kerjasama ke arah menghadapi PRU14," katanya.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anuar semalam dilaporkan PKR akan membuat ketetapan baru selepas wakilnya enggan akur pada arahan parti, untuk melepaskan jawatan masing-masing di Kelantan.
Izzah berkata sehingga kini wakil PKR di Kelantan masih tidak bertindak balas pada arahan yang dibacakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, walaupun sudah sebulan berlalu.
Demikianlah Artikel Rundingan semula PKR-wakil Kelantan diharap positif - Fattah
Sekianlah artikel Rundingan semula PKR-wakil Kelantan diharap positif - Fattah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rundingan semula PKR-wakil Kelantan diharap positif - Fattah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/rundingan-semula-pkr-wakil-kelantan.html