'Satu Mana Cukup, Orang Gemuk Macam Awak Biasanya Pelahap'

'Satu Mana Cukup, Orang Gemuk Macam Awak Biasanya Pelahap' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Satu Mana Cukup, Orang Gemuk Macam Awak Biasanya Pelahap', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Satu Mana Cukup, Orang Gemuk Macam Awak Biasanya Pelahap'
link : 'Satu Mana Cukup, Orang Gemuk Macam Awak Biasanya Pelahap'

Baca juga


'Satu Mana Cukup, Orang Gemuk Macam Awak Biasanya Pelahap'

Sebagai peniaga, kita sepatutnya menjaga hati pelanggan bila berbicara. Tidak salah bergurau dengan pelanggan, tetapi biarlah berpada-pada. Salah gurau, buruk padahnya.

Seperti yang berlaku pada Innanie Ariffin semalam, niatnya mahu membantu seorang peniaga kebab di bazar Ramadhan berhampiran pejabatnya. Namun, niat itu terbantut apabila peniaga terbabit dengan biadabnya menghina Innanie tanpa menghiraukan apa perasaan wanita itu.

Akibatnya, peniaga itu disumpah takkan berjaya dalam berniaga. Menjadi atau tidak sumpahan itu hanya peniaga kebab itu saja yang merasa. Jika dia terbaca viral ini, cepat-cepatlah minta maaf.

Tadi pergi ke bazar Ramadhan berhampiran office. Teringin pula makan kebab. Selesai beli juadah dan kuih, ternampak satu kedai kebab ini di kawasan masuk bazar. Kedainya tiada orang, kosong.

Dengan niat suci dan mahu menolong, saya terus bertanya, "Bang, kebab satu berapa?"

"RM4.50," jawabnya.

"Okay, bagi satu kebab daging bang.."

"Satu? Ambillah lima. Orang gemuk macam awak ini biasanya pelahap, makan banyak. Tak cukup satu. Nak kasi awak kenyang, mesti lima ke sepuluh kebab!" kata peniaga itu sambil tergelak sinis pada saya di depan rakan-rakannya.

Saya diam dan senyum. Saya faham apa yang cuba 'dihina' dan 'disampaikan' itu. Terus laju saya menjawabnya.

"Sepanjang jalan tadi, saya nampak kedai abang kosong tak ada orang. Ada kedai kebab di hujung sana, tapi saya tak singgah sebab teringat kedai abang ni.

"Niat saya memang nak beli dari abang sebab nak membantu. Yelah, sendu bila orang lain masyuk, sementara abang masih lagi bekas kosong.

"Tetapi dengan mulut abang yang macam ni, sesedap rasa menghina orang gemuk. Saya rasa inilah kali terakhir saya beli dari abang. Abang boleh makanlah sendiri kebab ni.

"Orang berniaga, hati pelanggan perlu dijaga bang. Abang pula, dapat pelanggan dihina. Tak apalah. Seperkara lagi, abang ingat orang gemuk itu pelahap ke?" kata saya terus meletakkan wang kertas RM5 dan beredar meninggalnya dua lelaki itu dengan muka yang kelat.

Mereka? Mereka hanya diam seribu bahasa. Padan muka!

Tolonglah, kalau ye pun nak bagi perniagaan laku, janganlah bermulut lancang sangat. Siapa pun anda, baik buruk atau cantik, kurus atau gemuk, rendah atau pendek, sempurna atau cacat, hitam atau putih, miskin atau kaya, anda langsung tiada hak untuk menghina orang lain lebih-lebih lagi menghina pelanggan.

Maaf cakap. Saya sumpah abang itu berniaga tak laku sampai bila-bila. Sakit hati bila teringat ketawa sinisnya itu.


Demikianlah Artikel 'Satu Mana Cukup, Orang Gemuk Macam Awak Biasanya Pelahap'

Sekianlah artikel 'Satu Mana Cukup, Orang Gemuk Macam Awak Biasanya Pelahap' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Satu Mana Cukup, Orang Gemuk Macam Awak Biasanya Pelahap' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/satu-mana-cukup-orang-gemuk-macam-awak_14.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :