Saya dipaksa pegang kemaluannya, kata penumpang Uber

Saya dipaksa pegang kemaluannya, kata penumpang Uber - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya dipaksa pegang kemaluannya, kata penumpang Uber, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya dipaksa pegang kemaluannya, kata penumpang Uber
link : Saya dipaksa pegang kemaluannya, kata penumpang Uber

Baca juga


Saya dipaksa pegang kemaluannya, kata penumpang Uber

 
Pemandu Uber dan wanita Vietnam itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, manakala 6 lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.


uber-driver


GEORGE TOWN: Wanita Vietnam yang mendakwa dipaksa memegang kemaluan seorang pemandu Uber berkata, beliau pada mulanya tidak mahu memperbesarkan isu itu sehingga lelaki terbabit menghubungi dan mengganggunya.

The Star melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata wanita itu mendakwa beliau memberitahu suaminya mengenai perkara itu selepas berbincang dengan rakannya.

“Keesokannya, si suami meminta wanita itu menghubungi pemandu Uber tersebut. Apabila pemandu itu tiba, suaminya dan sekumpulan lelaki yang dipercayai rakannya memukul pemandu tersebut.

“Tetapi, pemandu itu menafikan dakwaan wanita itu. Dia mendakwa tidak tahu sebab dia dipukul,” kata Anuar sambil menambah wanita itu turut mendakwa pemandu itu bergambar bersamanya di dalam kereta.

Seorang pemandu Uber dilaporkan cedera di kepala, tangan dan kaki kiri akibat dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa cuba mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam di Paya Terubong, Selasa lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan wanita Vietnam itu bersama 3 lagi lelaki direman 4 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Zainol Samah berkata 3 lelaki berusia 28 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar Paya Terubong dan George Town, semalam.

“Tiga lelaki itu mengaku terlibat dalam kejadian memukul pemandu Uber berkenaan dan polis percaya, penahanan mereka dapat membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, telefon bimbit wanita berusia 43 tahun itu sedang dianalisis bagi mendapatkan bukti berhubung dakwaannya dicabul kerana sebelum ini, dia mendakwa merakam kejadian tersebut.

Zainol berkata, polis percaya dapat menyelesaikan kes itu susulan penahanan 6 lelaki, termasuk yang ditahan pada Rabu lalu kerana terlibat dalam kejadian memukul pemandu Uber tersebut.

Semalam, 3 lelaki termasuk suami wanita Vietnam itu dan pemandu Uber berkenaan direman 4 hari bagi membantu siasatan kes itu.

Pemandu Uber dan wanita Vietnam itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, manakala 6 lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.



Demikianlah Artikel Saya dipaksa pegang kemaluannya, kata penumpang Uber

Sekianlah artikel Saya dipaksa pegang kemaluannya, kata penumpang Uber kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya dipaksa pegang kemaluannya, kata penumpang Uber dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/saya-dipaksa-pegang-kemaluannya-kata.html

Subscribe to receive free email updates: