Judul : Selipar terbang: Minta maaf, saya tak jangka tindakan isteri
link : Selipar terbang: Minta maaf, saya tak jangka tindakan isteri
Selipar terbang: Minta maaf, saya tak jangka tindakan isteri
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Selepas tular di media sosial video seorang wanita membaling selipar dan menunjukkan isyarat lucah ekoran berebut parkir, tampil seorang lelaki bersuara dan menceritakan situasi sebenar insiden berkenaan.
Muhammad Jefry Sudin, 33, berkata, kejadian itu berlaku sejurus dia meletak kereta yang turut dinaiki isterinya, Siti Khadijah Awang, 28, di parkir kereta berhampiran tapak Bazar Ramadan di pekan Kuah.
"Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.
"Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan," katanya dipetik Harian Metro.
Ujarnya, kekecohan berlaku apabila pemandu kereta berkenaan mendakwa ruang parkir tersebut adalah miliknya, selain turut melemparkan kata-kata kesat.
Tindakan pemandu itu kata Jefry, kemudian mengundang kemarahan isterinya sehingga bertindak sedemikian.
"Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.
"Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai," katanya.
Jefry dalam pada itu meminta orang ramai agar tidak membuat komen melulu serta menyalahkan isterinya sepenuhnya tanpa mengetahui perkara sebenar.
Terdahulu, video yang memaparkan seorang wanita berang sehingga mengeluarkan isyarat lucah dan membaling selipar ke arah sebuah kereta menjadi tular di media sosial.
Video berdurasi 42 saat itu dipercayai dirakamkan oleh individu dalam kereta tersebut pada jam 7 malam dua hari lalu sebelum dimuat naik di laman Facebook miliknya, Ann Lim dan mendapat lebih 3,000 'like' dan 11,000 perkongsian oleh netizen.
Demikianlah Artikel Selipar terbang: Minta maaf, saya tak jangka tindakan isteri
Sekianlah artikel Selipar terbang: Minta maaf, saya tak jangka tindakan isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selipar terbang: Minta maaf, saya tak jangka tindakan isteri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/selipar-terbang-minta-maaf-saya-tak.html