Judul : Siasatan Panel Khas JAIS terhadap nazir Masjid An-Nur selesai
link : Siasatan Panel Khas JAIS terhadap nazir Masjid An-Nur selesai
Siasatan Panel Khas JAIS terhadap nazir Masjid An-Nur selesai
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Jawatankuasa Kariah sedang meneliti hasil Jawatankuasa Khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas Panel Jawatankuasa Khasnya telah menyisat nazir Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.
Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, jawatankuasa kariah akan membincangkan tindakan bersesuai terhadap nazir tersebut
"Sebarang tindakan terhadap nazir akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri sebagaimana dititahkan oleh Sultan Selangor," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Raya kepada Anak-anak Yatim Daerah Klanh dan Petaling, hari ini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada awal bulan ini murka dengan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa selepas pemimpin PKR itu didakwa menyampaikan ucapan berbaur politik di ruang solat Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.
Dukacita dengan insiden tersebut Baginda menggesa JAIS mengadakan siasatan lanjut dan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli jawatankuasa masjid itu yang melanggar peraturan.
Adzib dalam pada itu memberitahu senarai nama individu itu akan disenarai terlebih dahulu sebelum tindakan diambil, termasuklah untuk disenaraihitam.
Demikianlah Artikel Siasatan Panel Khas JAIS terhadap nazir Masjid An-Nur selesai
Sekianlah artikel Siasatan Panel Khas JAIS terhadap nazir Masjid An-Nur selesai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Siasatan Panel Khas JAIS terhadap nazir Masjid An-Nur selesai dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/siasatan-panel-khas-jais-terhadap-nazir.html