Judul : Suspek Kes Samun, Rogol Lari Dari Tahanan Polis
link : Suspek Kes Samun, Rogol Lari Dari Tahanan Polis
Suspek Kes Samun, Rogol Lari Dari Tahanan Polis
Shah Alam - Seorang suspek kes samun dan rogol Kampung Rantau Panjang, di sini dua minggu lalu, melarikan diri daripada tahanan polis petang tadi.Lelaki warganegara Indonesia berusia 27 tahun itu dikatakan melarikan diri melalui tandas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, kira-kira jam 3 petang.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Yusoff Mamat, berkata siasatan awal mendapati suspek berpura-pura ke tandas untuk membuang air namun dia kemudian mengopak jeriji besi pada tingkap di tandas itu.
"Siasatan polis mendapati suspek mengikut seluar yang dipakainya pada jeriji besi sebelum menariknya untuk membuka ruang baginya melarikan diri dari pejabat Jabatan Siasatan Jenayah.
"Satu gerakan mencari sudah dilancarkan untuk mengesan suspek," katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau ternampak kelihatan lelaki yang turut disyaki terbabit dalam satu kes cabul pada Mei lalu di Meru, untuk segera menghubungi pihak polis.
Kira-kira jam 4 pagi pada 7 Jun lalu, suspek dikatakan merogol seorang wanita berusia 34 tahun ketika dia dan dua lagi rakannya memecahkan masuk rumah mangsa di Kampung Rantau Panjang.
Ketika kejadian, suami mangsa sedang tidur di ruang tamu bersama-sama anak lelaki pasangan itu yang berusia empat tahun.
Ekoran kejadian itu, satu pencarian secara besar-besaran dijalankan oleh pihak polis sebelum suspek berjaya ditahan di Plaza Tol Shapadu Toll Plaza pada 13 Jun lalu.
Demikianlah Artikel Suspek Kes Samun, Rogol Lari Dari Tahanan Polis
Sekianlah artikel Suspek Kes Samun, Rogol Lari Dari Tahanan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Suspek Kes Samun, Rogol Lari Dari Tahanan Polis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/suspek-kes-samun-rogol-lari-dari.html