Tiada kenaikan harga juadah melampau

Tiada kenaikan harga juadah melampau - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada kenaikan harga juadah melampau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada kenaikan harga juadah melampau
link : Tiada kenaikan harga juadah melampau

Baca juga


Tiada kenaikan harga juadah melampau

Tiada kenaikan harga juadah melampau
Nawi (kanan) semasa pelancaran kempen 'Jangan Lebih Lebih' di bazar Ramadan Batu Burok di sini, semalam. 
 
 
KUALA TERENGGANU – Tiada kenaikan harga juadah melampau di bazar-bazar Ramadan di Terengganu, setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad berkata, berdasarkan pemeriksaan di 3,507 gerai setakat ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu tidak mengesan kenaikan harga yang melampau.

“Hanya ada sedikit kenaikan beberapa produk makanan antara 10 hingga 20 peratus, malah ada juga yang turun harga seperti ayam golek (pusing) yang dijual antara RM20 dan RM24 seekor berbanding RM25 dan RM26 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis pelancaran kempen 'Jangan Lebih Lebih' di bazar Ramadan Batu Burok di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd Samat.

Terdahulu, kempen itu telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada 23 Mei lalu.

“Selain di Batu Burok, kempen ini turut dijalankan di 56 bazar dan pasar raya di seluruh negeri Terengganu.  Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna agar sentiasa beringat ketika berbelanja dan tidak berbelanja melebihi keperluan.

“Seterusnya, bagi memperingatkan pengguna supaya mengelakkan daripada berlakunya pembaziran terutamanya pada bulan yang mulia ini,” katanya. 

Sementara itu, Azlan berkata, hanya terdapat  satu kes melibatkan peniaga nasi beriani di bazar Ramadan Jalan Padang di Kemaman, kerana gagal meletakkan tanda harga walaupun telah diberikan nasihat dan peringatan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam pemeriksaan sebelum ini.

“Peniaga tersebut enggan meletakkan tanda harga walaupun telah diberi nasihat dan peringatan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam pemeriksaan sebelum itu.  Tindakan diambil susulan daripada aduan menerusi Facebook oleh seorang pembeli yang mendakwa peniaga itu mengenakan harga yang tinggi iaitu RM13 untuk nasi beriani daging.

“Pegawai penguat kuasa KPDNKK telah membuat ujian pembelian dan akibatnya, peniaga itu dikenakan kompaun sebanyak RM200 manakala nasi beriani daging bernilai RM225 telah disita,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan susulan akan dibuat di premis tersebut yang menjadi tumpuan pengguna.



Demikianlah Artikel Tiada kenaikan harga juadah melampau

Sekianlah artikel Tiada kenaikan harga juadah melampau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada kenaikan harga juadah melampau dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/tiada-kenaikan-harga-juadah-melampau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :