Tindakan terhadap nazir masjid An-Nur selepas Aidilfitri

Tindakan terhadap nazir masjid An-Nur selepas Aidilfitri - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tindakan terhadap nazir masjid An-Nur selepas Aidilfitri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tindakan terhadap nazir masjid An-Nur selepas Aidilfitri
link : Tindakan terhadap nazir masjid An-Nur selepas Aidilfitri

Baca juga


Tindakan terhadap nazir masjid An-Nur selepas Aidilfitri

 BERNAMA Masjid An Nur


Siasatan Panel Jawatankuasa Khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap nazir Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang susulan isu anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa berucap di dewan solat telah selesai dan hasilnya sedang diteliti oleh jawatankuasa kariah.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata jawatankuasa kariah akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan tindakan lanjut yang sesuai dikenakan terhadap nazir berkenaan.

"Sebarang tindakan terhadap nazir akan dibuat selepas Aidilfitri seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Raya kepada anak-anak yatim Daerah Klang dan Petaling di Shah Alam hari ini.

Pada 2 Jun lepas, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sangat dukacita dengan tindakan Sivarasa yang menyampaikan ucapan di ruang solat masjid berkenaan dalam satu majlis pada 24 Mei lalu.

Baginda menitahkan agar JAIS menyiasat perkara itu dengan terperinci dan mengambil tindakan lanjut terhadap mana-mana anggota jawatankuasa masjid yang melanggar peraturan.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada MAIS bercadang untuk menyenaraikanhitamkan individu tertentu daripada menyampaikan ceramah agama Islam di Selangor, Mohamad Adzib berkata pihaknya akan berbuat demikian selepas Aidilfitri ini.

Namun katanya, senarai nama individu itu akan terlebih dahulu dibincangkan di peringkat jawatankuasa tauliah sebelum dirujuk kepada MAIS.

"Ia (senarai nama) kemudian akan dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin untuk mendapat perkenan baginda sebelum diwar-warkan kepada umum.

"Mungkin senarai nama tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya selepas hari raya ini," katanya.



Demikianlah Artikel Tindakan terhadap nazir masjid An-Nur selepas Aidilfitri

Sekianlah artikel Tindakan terhadap nazir masjid An-Nur selepas Aidilfitri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tindakan terhadap nazir masjid An-Nur selepas Aidilfitri dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/tindakan-terhadap-nazir-masjid-nur.html

Subscribe to receive free email updates: