Universiti cipta alat kencing patuh syariah

Universiti cipta alat kencing patuh syariah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Universiti cipta alat kencing patuh syariah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Universiti cipta alat kencing patuh syariah
link : Universiti cipta alat kencing patuh syariah

Baca juga


Universiti cipta alat kencing patuh syariah

MALAYSIAKINI


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menghasilkan alat buang air kecil lelaki patuh syariah Suci-Urinal System (SUCI-URiS) yang pertama seumpamanya di negara ini.

Naib Canselor UteM Prof Datuk Dr Shahrin Shahib berkata kesulitan jemaah haji lelaki membuang air kecil ketika beribadat di Mekah mencetus ilham bagi sekumpulan enam penyelidik, diketuai Prof Madya Dr Hambali Arep @ Ariff, membangunkan alat itu.

Shahrin berkata, set peralatan itu dilengkapi beg simpanan 600 gram, yang mengandungi bekas tempat membuang air kecil dan penyembur air bersih, pemegang kemaluan lelaki pelbagai saiz, beg urin satu liter dan tiub, lapor Berita Harian.

"Penyelidik kita mengambil kira pelbagai faktor bagi membangunkan produk yang mengambil tempoh selama kira-kira setahun ini.

"Alat ini memberi manfaat kepada orang ramai, khususnya jemaah haji apabila mereka menghadapi kesukaran menggunakan tandas ketika musim haji dan umrah.

"Selain itu, ia juga sesuai untuk pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, pesakit di hospital atau warga emas yang tidak mampu bergerak ke tandas di rumah kebajikan," beliau dipetik sebagai berkata sidang media di universiti itu, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan dokumen memorandum perjanjian (MOA) mengkomersialkan produk itu antara UTeM dan sebuah syarikat.

Produk itu dilapor mendapat sokongan Tabung Haji, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil; pensijilan ISO 13485 (Pengurusan Kualiti Sistem bagi peralatan perubatan) serta pengesahan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Ia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa, Anugerah Khas daripada Chinese Innovation & Invention Society (Taiwan).




Demikianlah Artikel Universiti cipta alat kencing patuh syariah

Sekianlah artikel Universiti cipta alat kencing patuh syariah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Universiti cipta alat kencing patuh syariah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/universiti-cipta-alat-kencing-patuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :