Judul : (Video) Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Berjemaah
link : (Video) Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Berjemaah
(Video) Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Berjemaah
Jemaah lelaki meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika solat Isyak di Masjid Al-Ittihad, Tebet, Jakarta Selatan, kelmarin.Sekretariat Masjid Al-Ittihad, Rustam berkata, Allahyarham Izhar, 58, meninggal dunia ketika imam melakukan duduk di antara dua sujud.
"Dalam CCTV kami, Allahyarham berada di saf depan baris keenam. Saat duduk di antara dua sujud, Allahyarham terlihat tidak mengikuti gerakan imam dan (seakan) tersujud," katanya kepada Liputan6.com, semalam.
Katanya, jemaah lain hanya menyedari keadaan Allahyarham selepas selesai solat itu dan ada yang meminta jemaah yang bekerja sebagai doktor untuk memberi bantuan.
Rustam berkata, jenazah Allahyarham dibawa ke Hospital Tebet.
Katanya, Allahyarham tidak mempunyai sejarah penyakit dan dipercayai merancang untuk berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah bersama keluarganya, semalam.
Demikianlah Artikel (Video) Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Berjemaah
Sekianlah artikel (Video) Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Berjemaah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (Video) Lelaki Meninggal Dunia Ketika Sujud Solat Berjemaah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/video-lelaki-meninggal-dunia-ketika.html