Zahid Gesa Bikers Jaga Imej, Elak Persepsi Negatif

Zahid Gesa Bikers Jaga Imej, Elak Persepsi Negatif - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Gesa Bikers Jaga Imej, Elak Persepsi Negatif, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Gesa Bikers Jaga Imej, Elak Persepsi Negatif
link : Zahid Gesa Bikers Jaga Imej, Elak Persepsi Negatif

Baca juga


Zahid Gesa Bikers Jaga Imej, Elak Persepsi Negatif

Idris Naim

Zahid
 
 
KUALA LUMPUR — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan anggota kelab bermotosikal (bikers) supaya menjaga imej serta mengelak persepsi negatif yang sering dilontarkan masyarakat terhadap golongan itu. 
 
Beliau berkata biarpun ‘bikers’ mempunyai personaliti dan cara pemakaian yang dianggap sesetengah pihak tidak begitu menggambarkan budaya Malaysia, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengabaikan nilai-nilai budaya dan agama yang sudah lama diamalkan di negara ini.

“Jangan sangka kita ‘bikers’ tidak berpuasa, bikers tidak solat Tarawih 20 rakaat. Saya biker juga, saya boleh pakai macam ni (berpakaian baju Melayu lengkap bersamping), boleh pakai macam sedara.

Yang penting, soal budaya… budaya dalam kalangan kita (bikers) kerana penjenamaan yang diberikan masyarakat kepada kita seolah-olah kita ini golongan haprak sedangkan jiwa kita tidak begitu dan kita mesti memperlihatkan imej (murni) itu (kepada masyarakat),” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 600 anggota kumpulan permotoran sempena Majlis Bersahur dan Pelancaran Tabung Insurans Kebajikan Bikers United Club Malaysia (BUCM) di sini hari Jumaat malam.

Beliau seterusnya berkata aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan BUCM perlu dicontohi dan beliau berharap perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) itu dapat dimasukkan dalam kalendar tahunan sebagai antara usaha mempromosi sektor perlancongan di negara ini.

“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pelancongan akan cuba menyelaras dan memasukkan aktiviti pemotoran dalam kalendar tahunan supaya kita boleh bantu MOTAC (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan) untuk mempromosi pelancongan dengan bikers dari seluruh dunia boleh berhimpun di Malaysia,” katanya lagi.

Dalam majlis berkenaan, Ahmad Zahid turut mengumumkan sumbangan dana permulaan berjumlah RM100,000 untuk disalurkan kepada Tabung Insurans Kebajikan BUCM bertujuan membantu anggota pertubuhan itu yang ditimpa kemalangan atau menghidap penyakit kronik.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 10 anggota BUCM yang kurang bernasib baik dan juga kepada Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata) yang diwakili Madrasah Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat.— BERNAMA



Demikianlah Artikel Zahid Gesa Bikers Jaga Imej, Elak Persepsi Negatif

Sekianlah artikel Zahid Gesa Bikers Jaga Imej, Elak Persepsi Negatif kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Gesa Bikers Jaga Imej, Elak Persepsi Negatif dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/zahid-gesa-bikers-jaga-imej-elak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :