Zuraida nafi desas desus bakal 'dialihkan' ke Pandan

Zuraida nafi desas desus bakal 'dialihkan' ke Pandan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zuraida nafi desas desus bakal 'dialihkan' ke Pandan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zuraida nafi desas desus bakal 'dialihkan' ke Pandan
link : Zuraida nafi desas desus bakal 'dialihkan' ke Pandan

Baca juga


Zuraida nafi desas desus bakal 'dialihkan' ke Pandan

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menafikan desas-desus kemungkinan peralihan beliau ke Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang berikutan prestasi merudum dan tidak disenangi pengundi di kawasannya.
 
Terkejut dengan khabar angin tersebut, Ketua Wanita PKR itu berkata beliau yakin dengan prestasi dan perkhidmatannya kepada pengundi di kawasan Ampang.
 
"Alhamdulillah, saya yakin dengan prestasi saya di Ampang amat disenangi penduduk Ampang," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Ketika ditanya lebih lanjut, Zuraidah bagaimanapun menyatakan beliau bersedia dengan apa jua keputusan yang akan diputuskan pucuk pimpinan PKR berkaitan peralihan kerusi tersebut.
 
"Itu saya rasa, saya masih lagi membuat kerja di Ampang dan seluruh Selangor. Sekiranya kalau pucuk kepimpinan kata kena berubah, kena beralih, saya beralihlah. Itu keputusan pada pucuk pimpinan.
 
"Tetapi apa pun kita keputusan itu tidak lagi ada apa-apa lagi di pihak parti namun demikian kita buat kerja masing-masing. Tumpuan kita adalah untuk buat gerak kerja pastikan tidak kira siapa pun calon. Kita punya kedudukan mantap. Itu yang penting," tambahnya. 
 
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Ketua Wanita PKR itu bakal beralih ke kerusi Parlimen Pandan ekoran prestasinya yang merudum dan tidak disenangi di kalangan pengundi Ampang.
 
Portal yang memetik sumber itu berkata, percaturan yang masih di peringkat perbincangan itu dikatakan sebagai persediaan untuk menggantikan tempat Rafizi Ramli yang hilang kelayakan bertanding pada PRU14, berikutan keputusan mahkamah tahun lepas yang menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan itu.
 
Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.
 
Rafizi menghadapi hukuman penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan yang masing-masing memiliki dan mendedahkan laporan Pengauditan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Mac tahun lalu.
 
Zuraidah sebelum terpalit dengan dakwaan berkaitan rasuah kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan pemimpin muda PKR Datuk Adam Rosly.
 
Adam kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memberikan keterangan dan dokumen palsu kepada badan pencegah rasuah itu ekoran memiliki “kekayaan luar biasa”. 
 
Walaubagaimanapun, dakwaan itu dinafikan sekerasnya oleh Zuraidah.
 
 


Demikianlah Artikel Zuraida nafi desas desus bakal 'dialihkan' ke Pandan

Sekianlah artikel Zuraida nafi desas desus bakal 'dialihkan' ke Pandan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zuraida nafi desas desus bakal 'dialihkan' ke Pandan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/zuraida-nafi-desas-desus-bakal.html

Subscribe to receive free email updates: