Judul : Abang 'gadai' maruah tiga beradik direman 7 hari
link : Abang 'gadai' maruah tiga beradik direman 7 hari
Abang 'gadai' maruah tiga beradik direman 7 hari
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Seorang lelaki berusia 18 tahun yang disyaki merogol adik kandungnya sendiri direman selama tujuh hari, bermula hari ini.
Majistret Arif Mohamad Shariff membenarkan tahanan reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah.
Suspek terdahulu disyaki melakukan sumbang mahram dengan seorang adiknya yang berusia lapan tahun di kediaman mereka di Sungai Layar, Sungai Petani.
Mangsa memaklumkan kejadian yang berlaku pada pagi kelmarin itu kepada ibu mereka.
Turut menjadi mangsa sumbang mahram itu adalah dua lagi adiknya yang berusia 9 dan 14 tahun.
Laporan media semalam menyebut mangsa telah memaklumkan kepada ibunya yang berumur 39 tahun bahawa pada 19 Julai lalu abangnya telah menariknya masuk ke dalam tandas di sebuah rumah kosong berdekatan rumah mereka sebelum memaksanya melakukan hubungan seks.
Ketiga-tiga adik beradik malang itu telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut, kata beliau.
Suspek menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Kuala Muda semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
Demikianlah Artikel Abang 'gadai' maruah tiga beradik direman 7 hari
Sekianlah artikel Abang 'gadai' maruah tiga beradik direman 7 hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Abang 'gadai' maruah tiga beradik direman 7 hari dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/abang-gadai-maruah-tiga-beradik-direman.html